| PIAGAM PELANGGAN | |
| Dalam usaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan mesra, kami dengan penuh iltizam dan perihatin berjanji kepada :- | |
| PELAJAR | |
| Semua pembayaran Biasiswa kepada pelajar yang layak dibayar akan dibuat dalam masa tujuh(7) hari selepas menerima bantuan kewangan dari penaja. | |
| Sebarang kemusykilan akan diperjelaskan serta-merta. | |
| Pinjaman jangka pendek akan dibuat pembayaran dalam masa tiga(3) hari selepas menerima kelulusan. | |
| KAKITANGAN DAN PUSAT TANGGUNGJAWAB | |
| Gaji kakitangan akan dibayar tepat pada tarikh yang ditetapkan dalam Pekeliling Bendahari | |
| Semua Pesanan Tempatan dikeluarkan sehari(1) selepas menerima Permintaan Pesanan bersama dokumen yang lengkap. | |
| Permohonan pinjaman yang akan diproses untuk mendapat kelulusan dalam tempoh (1) bulan. | |
| Semua permohonan pendahuluan kakitangan diproses dan dibayar dalam masa satu (1) hari bagi amaun tidak melebihi dari RM500.00 dan dalam masa empat (4) hari bagi amaun melebihi RM500.00. | |
| Semua tuntutan perjalanan yang telah lengkap akan diurus dan dibayar dalam masa empat (4) hari dari tarikh diterima oleh Jabatan Bendahari. | |
| PEMBEKAL | |
| Semua tuntutan bayaran dibuat dalam masa enam (6) hari dari tarikh bil diterima oleh Jabatan Bendahari. | |
| Semua pembekal diberi peluang yang sama dalam pemilihan sebutharga. | |
| PELAJAR/ KAKITANGAN/ PEMBEKAL | |
| Sebarang pertanyaan bertulis akan diambil tindakan dalam masa 24 jam. | |