UNIT DAN FUNGSI
   Terdapat 9 unit di Jabatan Bendahari yang menjalankan aktiviti seperti berikut:-
   
 
Unit Biasiswa
Unit Terimaan Dan Pelaburan
Unit Bayaran
Unit Gaji
Unit Bajet
Unit Akaun
Unit Perolehan Dan Aset
Unit Pinjaman, Subsidiari Dan Kawalan Kredit
Unit Pentadbiran
   
   
   
 
UNIT BIASISWA
Fungsi
  1. Mengurus tuntutan dan terimaan biasiswa dari penaja.

  2. Mengurus dan mengemaskini caj dan bayaran ke Sistem akaun Pelajar

  3. Mengurus pembayaran kepada pelajar (tuntutan yuran, lebihan biasiswa, tabung pinjaman, kebajikan dan deposit)

  4. Mengurus pembayaran yang melibatkan pelajar (kitaran kampus, yuran komputer dan insuran)

Objektif Kualiti
  1. Bayaran dari pelajar dikemaskini ke Sistem Akaun Pelajar dalam tempoh satu (1) hari bekerja.

  2. Lebihan bayaran dari penaja dikemaskini ke akaun pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja

  3. Aduan dari pelajar/pelanggan diberi maklumbalas/diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

  4. Pembayaran yang melibatkan pelajar dibuat dalam tempoh empat (4) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.

   
 
UNIT TERIMAAN DAN PELABURAN
Fungsi
  1. Mengurus dan mengakaunkan semua hasil terimaan.

  2. Mengurus perkhidmatan kaunter Jabatan Bendahari

  3. Merancangan dan menyediakan keperluan tunai semasa Universiti

  4. Membuat cadangan pelaburan lebihan tunai Universiti.

Objektif Kualiti
  1. Resit dikeluarkan untuk setiap transaksi dan pada hari yang sama

  2. Kutipan tunai dan cek di deposit ke akaun BIMB UUM dalam masa 24 jam (hari bekerja)

  3. Invois dikeluarkan dalam masa 24 jam apabila Borang arahan Pengeluaran Invois yang lengkap diterima.

  4. Rezab tunai disediakan untuk minima dua (2) bulan perbelanjaan dan lebihan wang dilaburkan dalam pelaburan yang diluluskan ole LPU.

   
 
UNIT BAYARAN
Fungsi
  1. Menerima Daftar Bil dan dokumen sokongan yang telah disahkan dari Pusat Tanggungjawab.

  2. Mengurus dan memproses semua jenis pembayaran kepada pelanggan mengikut tatacara kewangan Universiti.

  3. Menyedia dan mengemukakan Laporan Mingguan, Bulanan dan tahunan untuk Mesyuarat Jawatan kuasa Tetap Kewangan (JKTK), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA), Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Kementerian.
Objektif Kualiti
  1. Semua tuntutan perjalanan staf yang telah lengkap akan diurus dan dibayar dalam masa empat (4) hari bekerja dari tarikh diterima oleh Jabatan Bendahari.

  2. Semua tuntutan bayaran dari  pembekal dibayar dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh bil diterima oleh Jabatan Bendahari.

  3. Tuntutan bayaran Projek Pembangunan dibayar dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh bil diterima oleh Jabatan Bendahari.
   
 
UNIT GAJI
Fungsi
  1. Membuat bayaran gaji dan elaun bulanan.

  2. Menyediakan laporan mengenai potongan gaji dan menghantar kepada pihak berkenaan.

  3. Menyediakan penyata saraan tahunan untuk tujuan cukai pendapatan.

  4. Mengurus surat menyurat berkaitan dengan urusan gaji dan potongan.

Objektif Kualiti
  1. Membuat pembayaran gaji dan elaun staf tetap/kontrak dan sementara mengikut Pekeliling Bendahari.

  2. Membuat pembayaran gaji dan elaun untuk staf akademik yang melanjutkan pelajaran di Luar Negara mengikut Pekeliling Bendahari.

  3. Membuat pembayaran gaji dan elaun staf sambilan sebelum 7hb. setiap bulan.

  4. Menyediakan penyata saraan tahunan untuk tujuan percukaian sebelum 28 Februari pada setiap tahun.

  5. Membuat bayaran elaun lebih masa staf bersama gaji bulanan pada bulan berikutnya.

   
 
UNIT BAJET
Fungsi
  1. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan untuk kelulusan Agensi Pusat.

  2. Membuat agihan peruntukan belanja mengurus untuk setiap Pusat Tanggungjawab.

  3. Mengawal perbelanjaan mengikut peruntukan yang diluluskan dan memastikan segala
    tanggungan Universiti adalah berpandukan dasar-dasar kewangan Universiti.

  4. Mengurus pindahan/tambahan peruntukan apabila menerima permohonan dari Pusat Tanggungjawab.

  5. Menyedia laporan pindahan peruntukan setiap suku tahun untuk kelulusan JKTK.

  6. Menghantar laporan perbelanjaan mengurus setiap bulan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum 5 haribulan.

  7. Menghantar laporan setiap suku tahun bagi Mesyuarat JPKA di Kementerian.

  8. Menyedia laporan untuk edaran dan rujukan.
Objektif Kualiti
  1. Keseluruhan perbelanjaan Universiti tidak melebihi bajet yang diluluskan iaitu varian tidak lebih dari 2%.

  2. Anggaran belanjawan operasi hendaklah disediakan enam belas (16) bulan sebelum tahun belanjawan.

  3. Anggaran belanjawan seterusnya hendaklah dikemukakan kepada JKTK tiga belas (13)  bulan sebelum tahun belanjawan.

  4. JKTK memperakukan belanjawan untuk kelulusan LPU tidak lewat dari sebelas (11) bulan dari tahun belanjawan.

  5. Mendapat kelulusan LPU dan mengemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi tidak lewat dari empat (4) bulan sebelum akhir tahun kewangan.

  6. Waran Peruntukan hendaklah dihantar kepada setiap Pusat Tanggungjawab pada hari pertama kerja tahun belanjawan.
   
 
UNIT AKAUN
Fungsi
  1. Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan.

  2. Menyiapkan Laporan Imbangan Duga setiap bulan dan memastikan laporan-laporan tersebut dikemaskini.
Objektif Kualiti
  1. Penyata kewangan tahun Universiti dikemukakan kepada Ketua Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.

  2. Laporan Imbangan Duga bagi semua kumpulan wang disediakan setiap bulan dalam tempoh satu minggu selepas berakhir bulan.

  3. Penyata penyesuaian bank disediakan setiap bulan dalam tempoh satu (1) minggu selepas berakhir bulan.

  4. Baki Akaun Amanah disemak antara laporan dalam Sistem IFAS dengan laporan Sistem Lejar Am dan dikemaskini dalam tempoh satu minggu selepas berakhir bulan.


   
 
UNIT PEROLEHAN & ASET
Fungsi
  1. Menguruskan semua perolehan Universiti.

  2. Mewujudkan daftar maklumat pembekal dan pekeliling Kontrak Perbendaharaan.

  3. Mengendalikan surat perjanjian dan kontrak.

  4. Menyedia dan mengeluarkan laporan/maklumat untuk edaran dan rujukan semua Pusat Tanggungjawab.

  5. Mengemaskini dan menyimpan daftar aset tetap dan inventori.

  6. Menguruskan insuran perlindungan harta benda Universiti.
Objektif Kualiti
  1. Mengurus pendaftaran dan surat pendaftaran syarikat dalam tempoh satu (1) hari.

  2. Merekod, mengemaskini dan memproses Permintaan Pesanan dalam tempoh satu (1) hari.

  3. Urusan pembukaan peti sebutharga dalam tempoh satu (1) hari.

  4. Menyediakan laporan sebutharga dan tender dalam tempoh seminggu daripada pembukaannya.

  5. Menfailkan PO, perjanjian dan borang sebutharga dalam tempoh satu (1) hari.

  6. Mendaftar dan mengemaskini aset/inventori dalam Sistem IFAS dalam tempoh 1 minggu selepas diterima Laporan Pembelian Baru.

  7. Menyediakan laporan belian aset/inventori baru setiap awal bulan untuk dihantar kepada Pusat Tanggungjawab.

  8. Menjalankan pemeriksaan dan tagging aset/inventori mengikut jadual yang ditetapkan.

  9. Menyediakan laporan akhir tahun aset/inventori untuk semakan dan kelulusan setiap tiga (3) bulan.

   
   
 
UNIT PINJAMAN, SUBSIDIARI DAN KAWALAN KREDIT
Fungsi
  1. Memproses permohonan , mendapatkan kelulusan serta membuat pembayaran bagi kenderaan dan komputer.

  2. Membuat pembayaran pendahuluan kepada kakitangan.

  3. Mengendalikan akaun-akaun subsidiari semua jenis penghutang.

  4. Menguatkuasakan kawalan kredit.
Objektif Kualiti
  1. Permohonan pembiayaan komputer dan kenderaan akan diproses dan dibayar dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  2. Pendahuluan tunai dibawah RM500 akan dibayar dalam tempoh satu (1) jam dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  3. Pendahuluan staf akan diproses dan dihantar kepada Unit Bayaran dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

  4. Pelarasan pendahuluan staf akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyata diterima.

  5. Tindakan susulan ke atas hutang Universiti akan diambil selepas 30 hari dari tarikh invois.
   
 
UNIT PENDTADBIRAN
Fungsi
  1. Mengurus mengenai surat-menyurat Jabatan Bendahari.

  2. Mengurus mengenai hal ehwal kakitangan dan Mesyuarat Jabatan.

  3. Mengurus mengenai perolehan, pelupusan harta dan panjar wang runcit Jabatan.

Objektif Kualiti
  1. Surat-menyurat diagihkan kepada setiap unit dalam masa 30 minit.

  2. Mesyuarat Jabatan diadakan enam (6) kali setahun.

  3. Urusan perolehan, pelupusan harta dan panjar wang runcit disediakan mengikut keperluan atau dalam masa 30 minit.