1

Undergraduate

More information

2

Postgraduate

More information

3

Academic Affairs

More information

4

Student Affairs

More information


5

International

More information

6

Campus Life

More information

7

8

UUM Latest News

UUM Establishes Cooperative Link With Nazarbayev University, Kazakhstan

13 September 2017
UUM Establishes Cooperative Link With Nazarbayev University, Kazakhstan

UUM ONLINE: Kazakhstan - The Vice-Chancellor, Prof. Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, paid a courtesy call ...

UUM Attains Prestigious GIFA Award For The Third Time

13 September 2017
UUM Attains Prestigious GIFA Award For The Third Time

UUM ONLINE: 6 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) once again attained an international recognition whe...

New Students Are Urged To Be Prepared For Industry 4.0

13 September 2017
New Students Are Urged To Be Prepared For Industry 4.0

UUM ONLINE: The new students of the university were urged to prepare themselves by mastering a variety of skil...

Meet And Greet Session Gives Parents, Guardians, And New Students A Better Under...

06 September 2017
Meet And Greet Session Gives Parents, Guardians, And New Students A Better Understanding Of UUM

UUM ONLINE: 6 August - Parents and guardians of the First Semester students of the Universiti Utara Malaysia ...

UUM Is The University Of Choice For 4,957 New Students Admitted To The First Sem...

06 September 2017
UUM Is The University Of Choice For 4,957 New Students Admitted To The First Semester Of The 2017/2018 Session

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) has continued to be the university of choice for students wishing ...

THE VICE-CHANCELLOR’S AIDILADHA 1438H MESSAGE

30 August 2017
THE VICE-CHANCELLOR’S AIDILADHA 1438H MESSAGE

UUM ONLINE: THE VICE-CHANCELLOR’S AIDILADHA 1438H MESSAGE السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الله أكبر ...

UUM Receives A 4-Star QS Rating

29 August 2017
UUM Receives A 4-Star QS Rating

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM), for the very first time, received an overall rating of Four Stars...

UCUC Expands Students’ Social Networking

29 August 2017
UCUC Expands Students’ Social Networking

UUM ONLINE: A total of 52 students from Universiti Utara Malaysia (UUM), Chiang Mai University (CMU), Thailand...

«
»

UUM - Cinta Pertama

Events & Activities

Sep
18

18 Sep 2017 - 20 Sep 2017

Sep
18

18 Sep 2017 - 20 Sep 2017

Sep
19

19 Sep 2017 - 20 Sep 2017

Sep
23

23 Sep 2017 - 24 Sep 2017

Oct
4

04 Oct 2017 - 05 Oct 2017

Oct
28

28 Oct 2017

PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA AIDILFITRI 1436H

Marilah kita warga Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan setulus hati menggemakan takbir dan kalimah-kalimah tahmid bagi menyambut detik kemenangan umat Islam pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia lagi barakah ini.

Kita juga perlu mensyukuri segala nikmat Allah Subhanahuwataala yang tidak ada tolok bandingannya di alam semesta ini. Kita sedia maklum bahawa selepas kita menunaikan ibadah, khususnya ibadah yang besar, kita akan menerima hadiah yang penuh barakah dan akan disambut beramai-ramai oleh umat Islam. Bagi solat lima waktu kita dikurniakan dengan Hari Jumaat dan bagi ibadah berpuasa dalam bulan Ramadhan kita dikurniakan dengan Hari Raya Aidilfitri. Manakala bagi ibadat Haji pula kita dikurniakan dengan Hari Raya Kurban.

Pemilihan bulan Ramadan sebagai bulan berlakunya beberapa peristiwa yang besar merupakan hikmah Allah Subhanahuwataala. Antaranya  peristiwa Nuzul al-Quran yang begitu dalam maknanya bagi umat Islam dan kehidupan Nabi Sallallahu Alaihi Wassallam khasnya.  Begitu juga dengan peristiwa peperangan Badar dan peristiwa pembukaan Mekah.

Bulan Ramadan mentarbiah umat Islam sebagai proses melahirkan hamba yang jujur, amanah, tabliq, dan fatanah serta bersungguh-sunguh dalam melaksanakan perintah  tuannya, begitu jugalah sepatutnya kita amalkan dalam pekerjaan  sehari-harian. Zakat fitrah yang telah kita tunaikan juga mendidik diri agar mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama sama ada di dalam negara atau yang berada di luar negara seperti di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan. Demikian jua ingatan kita terhadap penderitaan bangsa Ronghiya di Myanmar yang kehilangan nikmat memiliki tanah air sendiri. Atas rasa simpati dan empati yang mendalam, bersama-samalah kita berdoa agar mereka bersabar dalam menempuh segala ujian Allah Subhanahuwataala.

Sempena Syawal ini, marilah kita mengambil peluang untuk berkumpul dengan ahli keluarga dan menziarahi sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan bagi merapatkan lagi tali persaudaraan sesama muslim. Kehadiran Aidilfitri mampu merapatkan yang jauh, mengeratkan yang dekat, merungkaikan yang kusut, menjalinkan yang terlerai dalam perhubungan sesama kita. Oleh itu, tradisi balik kampung dan ziarah-menziarahi yang diamalkan di negara kita sebenarnya bertepatan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wassallam,  yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu Anhu katanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda, “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka  hendaklah ia memuliakan tetamu yang datang menziarahinya serta mengeratkan silaturahim dengan semangat persaudaraan Islam. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah bercakap dengan perkataan yang baik dan manis didengar, atau pun berdiam sahaja daripada bercakap perkara yang sia-sia.” (Riwayat:  al-Bukhari dan Muslim)

Saya berharap keseronokan menyambut hari raya jangan sampai melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang dapat meneruskan amal soleh pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah.

Akhir kalam saya mewakili keluarga saya dan pihak Pengurusan UUM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga UUM, rakan taulan di institusi pengajian tinggi, kakitangan jabatan kerajaan dan swasta, rakan kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat,  dan juga masyarakat setempat.

Hijau pandan daun melati;

Tanda kenangan zamrud baiduri;      

Bulan Ramadan mendidik hati,

Kemenangan disambut di Aidilfitri.

Berbalam-balam sinaran mentari,

Dipagar awan gumpalan suasa;

Bermaaf-maafan amalan bestari;

Agar persaudaraan kekal sentiasa.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia

 

 

 

===============================
FROM:
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3042/3047/3050
FAX: 04-928 3053
E-MAIL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Offshore Office (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Director: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Fax: 86-1064032524

Click here for more information

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia