1

Undergraduate

More information

2

Postgraduate

More information

3

Academic Affairs

More information

4

Student Affairs

More information


5

International

More information

6

Campus Life

More information

7

8

UUM Latest News

Vice-Chancellor Shares His Vision With New Students

20 September 2017
Vice-Chancellor Shares His Vision With New Students

UUM ONLINE: A total of 111 new UUM second intake students admitted to the First Semester of the 2017/2018 Sess...

UUM Establishes Cooperative Link With Nazarbayev University, Kazakhstan

13 September 2017
UUM Establishes Cooperative Link With Nazarbayev University, Kazakhstan

UUM ONLINE: Kazakhstan - The Vice-Chancellor, Prof. Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, paid a courtesy call ...

UUM Attains Prestigious GIFA Award For The Third Time

13 September 2017
UUM Attains Prestigious GIFA Award For The Third Time

UUM ONLINE: 6 September - Universiti Utara Malaysia (UUM) once again attained an international recognition whe...

New Students Are Urged To Be Prepared For Industry 4.0

13 September 2017
New Students Are Urged To Be Prepared For Industry 4.0

UUM ONLINE: The new students of the university were urged to prepare themselves by mastering a variety of skil...

Meet And Greet Session Gives Parents, Guardians, And New Students A Better Under...

06 September 2017
Meet And Greet Session Gives Parents, Guardians, And New Students A Better Understanding Of UUM

UUM ONLINE: 6 August - Parents and guardians of the First Semester students of the Universiti Utara Malaysia ...

UUM Is The University Of Choice For 4,957 New Students Admitted To The First Sem...

06 September 2017
UUM Is The University Of Choice For 4,957 New Students Admitted To The First Semester Of The 2017/2018 Session

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) has continued to be the university of choice for students wishing ...

THE VICE-CHANCELLOR’S AIDILADHA 1438H MESSAGE

30 August 2017
THE VICE-CHANCELLOR’S AIDILADHA 1438H MESSAGE

UUM ONLINE: THE VICE-CHANCELLOR’S AIDILADHA 1438H MESSAGE السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الله أكبر ...

UUM Receives A 4-Star QS Rating

29 August 2017
UUM Receives A 4-Star QS Rating

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM), for the very first time, received an overall rating of Four Stars...

«
»

UUM - Cinta Pertama

Events & Activities

Sep
23

23 Sep 2017 - 24 Sep 2017

Oct
4

04 Oct 2017 - 05 Oct 2017

Oct
28

28 Oct 2017

Oct
30

30 Oct 2017 - 31 Oct 2017

Nov
27

27 Nov 2017 - 28 Nov 2017

Nov
30

30 Nov 2017 - 02 Dec 2017

PENUBUHAN SCoE PACU DAYA SAING UNIVERSITI DALAM BIDANG PENYELIDIKAN

Dua buah U-CoE yang baru ditubuhkan ialah Asian Research Institute for Corruption (ARIC) dan Asian Research Institute of Banking and Finance (ARIBF) manakala sebanyak 17 buah SCoE ditubuhkan di bawah setiap pusat pengajian.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata sesebuah universiti tidak akan menjadi sebuah universiti yang baik tanpa Pusat Kecemerlangan.

"Penyelidikan pada hari ini adalah bersifat multi-disiplin, dan tidak boleh dilakukan secara individu. Pusat Kecemerlangan ini ditubuhkan agar pakar-pakar dari pelbagai disiplin dapat bersama-sama melakukan kajian dalam satu bidang fokus utama agar penyelidikan yang dilakukan adalah komprehensif dan relevan," ujarnya pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama Pusat Kecemerlangan Pusat Pengajian anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) di EDC Hotels & Resorts pagi tadi.

Tambahnya dalam konteks UUM, pewujudan SCoE ini akan mempercepatkan lagi hasrat Universiti untuk menghasilkan pusat kecemerlangan yang terkemuka (di peringkat nasional dan antarabangsa) dalam bidang pengurusan.

Menurut beliau lagi setiap SCoE yang diwujudkan perlu menghasilkan penyelidikan yang menjurus kepada ‘demand-driven’, ‘industrial based’ dan ‘real world problem’ dan bersesuaian dengan bidang tujahan/nic UUM.

"Penyelidikan yang lebih berfokus mengikut nic/bidang tujahan ini secara tidak langsung akan menjadikan SCoE sebagai 'solution provider' kepada masyarakat, agensi kerajaan dan industri. Ini akan membantu penjenamaan (branding) universiti terutamanya dalam bidang pengurusan serta penjanaan pendapatan kepada Universiti melalui penyelidikan berimpak tinggi sebagaimana dilakukan Universiti terkemuka seperti Universiti Harvard dan Universiti Oxford," katanya.

Terdahulu satu taklimat berkaitan SCoE telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi ), Prof Dr Noor Azizi Ismail.

Sementara itu Pengarah ARIBF, Dr Irwan Shah Zainal Abidin berkata Penubuhan U-CoE ini merupakan satu perancangan strategik bagi melonjakkan lagi aktiviti penyelidikan dan penerbitan di UUM ke peringkat lebih tinggi terutamanya dengan penekanan terhadap penyelidikan yang relevan serta berimpak tinggi.

"Apa yang penting ialah kolaborasi antara para pensyarah dengan pihak industri dalam aspek penyelidikan, sekali gus dalam jangka masa panjang dapat menjadikan ARIBF sebagai ‘centre of reference’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan, baik pada pihak kerajaan, industri dan juga masyarakat secara keseluruhannya. Inilah antara peranan dan perancangan asas kepada ARIBF dalam usaha untuk melonjakkan agenda penyelidikan universiti," ujarnya.

Pada majlis yang sama juga Naib Canselor menyampaikan watikah pelantikan profesor kepada Prof Dr Azhar Abdul Rahman dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA); Prof Dr Nor Azila Mohd Noor dari Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB); Prof Dr Sharipah Soaad Syed Yahaya dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) dan Prof Dr Shahimi Mohtar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).

Turut menerima pelantikan ialah Prof Madya Dr Zahirudin Ghazali sebagai Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa OYAGSB, dan Dr Md Zawawi Abu Bakar sebagai Timbalan Dekan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP).

Hadir sama ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, ahli-ahli senat, Dekan Pusat Pengajian dan Ketua Pusat Tanggungjawab serta pegawai-pegawai kanan Universiti.

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

 

Offshore Office (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Director: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Fax: 86-1064032524

Click here for more information

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia