Objektif Universiti

objective

Universiti Utara Malaysia ditubuhkan untuk mengembangkan dan memajukan pendidikan pengurusan. Program akademiknya tertumpu kepada bidang-bidang pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan, kewangan dan perbankan, undang-undang, pemasaran, pengurusan teknologi, linguistik terapan, komunikasi, kerja sosial, multimedia, pendidikan, sains pemutusan, hal ehwal antarabangsa, pengurusan perniagaan, pelancongan, pentadbiran muamalat, pengurusan pembangunan, logistik dan pengangkutan, hospitaliti, pengurusan risiko dan insurans, teknologi media, perniagaantani, matematik perniagaan, statistik industri dan kaunseling.

 

Universiti Utara Malaysia juga memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan di kawasan utara Semenanjung. Prasarana dan kemudahan asas yang disediakan serta tenaga manusia di universiti ini menjadi penggerak kepada kegiatan sosioekonomi yang lain.

 

Di samping pengajaran dan penyelidikan, universiti ini juga memberi sumbangan kepada perkembangan sosial, ekonomi dan intelektual di kawasan ini.  Universiti memainkan peranan ini dengan melibatkan dirinya dalam projek kemasyarakatan, sama ada secara sendiri mahupun dengan kerjasama badan-badan kerajaan dan/atau sektor swasta.

 

Objektif ini dapat dirumuskan kepada tiga perkara seperti berikut:

    • Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan pengurusan.
    • Untuk menjadi pusat rujukan utama dalam semua aspek pengurusan biasiswa dan praktikal.
    • Untuk menjadi pusat sumber yang terulung dalam bidang kajian pengurusan.

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia