Atase Kebudayaan Kedutaan Arab Saudi Lawat UUM

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan daripada Atase Kebudayaan Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr. Zayed Ojair AlHarethi petang semalam.

Kunjungan bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan pelajar-pelajar Arab Saudi di UUM seperti isu penyeliaan pelajar pasca-siswazah dan bahasa.

Perbincangan bersama dekan-dekan dan wakil-wakil pusat pengajian turut diadakan di Bilik Mesyuarat LPU yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Hassan Ali.

Perbincangan tersebut memberi peluang kepada pihak Universiti untuk medapatkan input dalam usaha menyelesaikan isu-isu yang dihadapi pelajar-pelajar Arab Saudi di UUM.

Dr. Zayed turut berharap hubungan dengan UUM dapat diperkukuhkan dan diperluaskan dalam pelbagai bidang lain seperti penyelidikan dan pertukaran pengalaman.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia