OYAGSB Bentang Status Triple ISO

OYAGSB Bentang Status Triple ISO

 

UUM ONLINE: 29 Mei - Bagi memastikan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) berjaya memperoleh Pensijilan Triple ISO menjelang 2020, satu sesi taklimat tentang status MS ISO9001:2015, MS ISO14001:2015, SR10:2015 OYAGSB telah berlangsung di Bilik Senat, semalam.

Sesi taklimat tersebut telah dihadiri Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Hassan Ali yang mewakili Naib Canselor bersama Pengarah IPQ, Prof Madya Dr Faudziah Zainal Abidin dan Dekan-dekan serta ketua-ketua PTJ.

Taklimat tentang MS ISO9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan MS ISO14001:2015 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) disampaikan perunding, Armpon a/p I Weng, manakala SR10:2015 (Sistem Pengurusan Tanggungjawab Sosial) oleh perunding, Lim Kim Yook.

Menurut Armpon a/p I Weng, fasa ketiga iaitu pelaksanaan ISO9001:2015 dan ISO14001:2015 masih lagi berterusan, manakala fasa keempat iaitu audit peringkat pertama sudah selesai dan bakal diikuti audit peringkat kedua dijangka pada bulan Julai nanti.

Beliau turut mengemukakan beberapa isu berbangkit serta cabaran yang dihadapi oleh OYAGSB seperti ketiadaan unit yang khusus untuk menguruskan pelaksanaan Triple ISO, pertindihan tanggungjawab antara jabatan dan struktur OYAGSB dalam pengurusan alam sekitar.

Sementara Lim Kim Yook menerangkan tentang beberapa prinsip tanggungjawab sosial SR10:2015 seperti akauntabiliti, ketelusan, menghormati kedaulatan undang-undang dan menghormati hak asasi manusia, selain GC-Mark Labels for Social Responsibility.

Mulai hari ini sehingga 30 Mei, lawatan tapak bagi SR10:2015 akan diadakan di OYAGSB, manakala audit peringkat kedua bagi ISO14001:2015 akan diadakan sebelum Hari Raya Aidilfitri dan audit peringkat kedua ISO9001:2015 dijangka selepas Hari Raya Aidilfitri.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia