Naib Canselor Terima Pengiktirafan Antarabangsa 'The Dr Constantine "Taki" Papadakis Leadership Award

Naib Canselor Terima Pengiktirafan Antarabangsa 'The Dr Constantine "Taki" Papadakis Leadership Award

 

UUM ONLINE: Thailand – Sumbangan Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dalam pembangunan UUM terus diiktiraf antarabangsa apabila beliau menerima ‘The Dr. Constantine “Taki” Papadakis Leadership Award for Excellence In Innovation, Entrepreneurship and Commitment To Cooperative & Work-Integrated Education’ pada 20th WACE World Conference & 8th Thai Cooperative Education Day 2017 yang berlangsung dari 4 hingga 8 Jun di Chiang Mai, baru-baru ini.

Penganugerahan daripada The World Association for Cooperative & Work-Integrated Education (WACE) itu secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara dan menaikkan nama UUM di persada antarabangsa di atas sumbangan signifikan beliau kepada pembangunan organisasi, masyarakat dan negara melalui kepimpinan, keusahawanan dan pendidikan.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Thailand, HE Dr Teerakiat Jareonsettasin setelah berjaya mengetepikan 265 tokoh seluruh dunia yang dicalonkan, sekali gus menjadikan Naib Canselor sebagai tokoh ke-4 yang menerima anugerah berprestij ini.

Pengiktirafan bagi anugerah yang telah diperkenalkan sejak tahun 2011 itu dianjurkan setiap 2 tahun sekali dengan menyenarai pendek tokoh-tokoh pemimpin yang cemerlang dalam memperkasakan inovasi, keusahawanan dan komited kepada ‘work-integrated education’.

Antara tokoh yang pernah menerima anugerah ini adalah C.R. "Chuck" Pennoni dari Pennoni Associates (2011), William Howard dari CDM Smith (2013) dan Judie Kay dari RMIT University (Australia) pada tahun 2015.

Kriteria bagi pencalonan anugerah ini ialah sumbangan signifikan terhadap kepimpinan di organisasi untuk menghasilkan transformasi yang diiktiraf, tokoh yang telah menghasilkan impak inovatif khususnya dalam kepimpinan sesebuah institusi akademik atau organisasi perniagaan dan merupakan seorang tokoh yang telah meletakkan organisasinya di landasan yang tepat serta berjaya mencipta kecemerlangan dalam aspek pembangunan perniagaan ataupun pendidikan khususnya dalam ‘work-integrated education’.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Hassan Ali dan Pengarah CUIC, Prof Madya Dr Mohd Sobri Don.

 

 

 

 

===============================
FROM:
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3042/3047/3050
FAX: 04-928 3053
E-MAIL: ukkuum@uum.edu.my 
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia