UUM Tersenarai Dalam Kelompok 2.7% Universiti Terbaik Dunia

UUM Tersenarai Dalam Kelompok 2.7% Universiti Terbaik Dunia

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi satu-satunya universiti tempatan bukan komprehensif dan bukan penyelidikan yang berada dalam kelompok 2.7% universiti yang tersenarai dalam QS World University Rankings 2018 daripada 26,000 universiti di dunia.

Tanpa memiliki bidang-bidang sains, perubatan, kejuruteraan dan teknologi dan hanya bersandarkan kepada bidang sains sosial dan pengurusan, UUM berjaya meningkatkan kedudukannya dalam QSWUR 2018 di tangga 729, meningkat 10 anak tangga berbanding 739 sebelumnya sekali gus berada di kedudukan 701-750 terbaik dunia.

QSWUR merupakan senarai kedudukan tahunan universiti-universiti terbaik dunia. Sebanyak sembilan buah universiti tempatan tersenarai dalam QS senarai ranking terbaru yang dikeluarkan pada 8 Jun itu.

Pada tahun ini menyaksikan sebanyak 4,854 institusi telah dipertimbangkan untuk disenaraikan dan 959 institusi dari 84 buah negara berjaya tersenarai, peningkatan sebanyak 43 universiti berbanding tahun sebelumnya.

Universiti-universiti ini disenaraikan berdasarkan enam petunjuk, iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, sitasi setiap fakulti, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa.

Bagi edisi 2018, lebih 75000 akademia dan 40000 majikan seluruh dunia terlibat dalam kaji selidik global yang dijalankan oleh QS. Sebanyak 12.3 juta artikel dan 71.5 juta sitasi dianalisa bagi mengukur kecemerlangan sesebuah universiti dalam penyelidikan.

Sementara itu Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian UUM itu dan mahu warga UUM terus melipatgandakan usaha untuk melonjak UUM ke tahap lebih baik untuk berada dalam kedudukan 300 universiti terbaik dunia dalam QSWUR menjelang tahun 2020 selaras dengan Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020).

 

 

===============================
FROM:
CORPORATE COMMUNICATION UNIT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3042/3047/3050
FAX: 04-928 3053
E-MAIL: ukkuum@uum.edu.my 
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia