Universiti Tidak Mengejar Ranking Untuk Jadi Yang Terbaik

Universiti Tidak Mengejar Ranking Untuk Jadi Yang Terbaik
UUM ONLINE: 7 Ogos - "Kita tidak gila mengejar ranking semata-mata untuk dikenali dunia, sebaliknya gila untuk memastikan UUM menjadi sebuah universiti terbaik," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Pencapaian Suku Kedua (Jan-Jun) Pelan Strategik Fasa II 2018 di Bilik Mesyuarat Senat, semalam.

Pengerusi LPU Terima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan OuRM

Pengerusi LPU Terima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan OuRM
UUM ONLINE: 22 Julai - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (Doctor of Letters) sempena Majlis Graduasi University of Reading Malaysia (OuRM) di Johor Bahru, semalam.

Chapter UUM Terima Anugerah Tertinggi 'Highest Chapter Honor'

BGS Chapter UUM Terima Anugerah Tertinggi 'Highest Chapter Honor'
UUM ONLINE: Pencapaian cemerlang yang ditonjolkan Beta Gamma Sigma (BGS), Chapter UUM telah diiktiraf apabila menerima anugerah tertinggi Highest Chapter Honor.

Perasmian Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20  

 Perasmian Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20
UUM ONLINE: 22 Julai - Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20, 2018 dibuka secara rasminya dalam satu majlis pembukaan penuh meriah di Dewan Seri Semarak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, semalam.

AFLES 2018 Platform Pupuk Pemimpin Masa Hadapan

AFLES 2018 Platform Pupuk Pemimpin Masa Hadapan
UUM ONLINE: The 6th Asean Future Leaders Summit (AFLES) menjadi platform kepada pelajar universiti negara ASEAN dalam melahirkan pemimpin masa hadapan.

Universiti Perlu Aktif Dalam UI Greenmetric

Universiti Perlu Aktif Dalam UI Greenmetric
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 19 ulai - Bagi melibatkan penyertaan lebih aktif universiti dalam UI GreenMetric, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan National Workshop On UI GreenMetric For Universities In Malaysia di EDC Hotel.

Monograf Baitulmaqdis Singkap Peranan Islam Dalam Mempromosi Kewujudan Bersama Secara Damai

Monograf Baitulmaqdis Singkap Peranan Islam Dalam Mempromosi Kewujudan Bersama Secara Damai
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 28 Julai - Pelancaran Monograf Baitulmaqdis menjadi kayu ukur baharu kepada penyelidikan akademik dan perkembangan Pengajian Islamicjerusalem atau Baitulmaqdis khususnya dalam aspek mempromosi kewujudan bersama secara damai antara penganut agama Islam, Kristian dan Yahudi.

Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 Platform Kerjasama Serumpun

Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 Platform Kerjasama Serumpun

UUM ONLINE: 19 Julai - Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 berupaya mendidik generasi muda melalui sukan dan kebudayaan bagi memupuk semangat kerjasama dan persefahaman di rantau ini.

Industri Kreatif Perlu Kepelbagaian Untuk Melangkah Lebih Jauh

Industri Kreatif Perlu Kepelbagaian Untuk Melangkah Lebih Jauh
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 28 Julai - Kandungan industri kreatif negara memerlukan kepelbagaian untuk melangkah lebih jauh.

Guru Kaunseling Tingkat Tahap Kepimpinan Dan Pengurusan Dalam Bengkel Profiling CeTMA

Guru Kaunseling Tingkat Tahap Kepimpinan Dan Pengurusan Dalam Bengkel Profiling CeTMA
UUM ONLINE: 17 Julai - Bagi meningkatkan tahap kepimpinan dan kemahiran pengurusan tugas guru kaunseling, Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) menganjurkan Bengkel Profil Individu Dinamik Menggunakan Modul Task Manager Profiler, hari ini.

Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 Bukti Semangat Kesatuan 

Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20 Bukti Semangat Kesatuan 
UUM ONLINE: 26 Julai - Setelah enam hari berlangsung, Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20, 2018 menutup tirai dalam suasana meriah penuh dengan semangat kesatuan di Dewan Seri Semarak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, semalam.

Kunjungan Wakil CIMB Bank Ke UUM

Kunjungan Wakil CIMB Bank Ke UUM
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan tiga wakil daripada CIMB Bank baru-baru ini.

UUM Ungguli 2nd UCUC Di Thailand

UUM Ungguli 2nd UCUC Di Thailand
UUM ONLINE: UUM terus unggul dalam 2nd UUM-Chiang Mai University-USM International Student Conference (2nd UCUC) di Chiang Mai University (CMU), Thailand.
 
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business, Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, persidangan ini  memberi pendedahan dan interaksi sesama peserta dari pelbagai negara mengenai konsep kesedaran, penghargaan, pemahaman dan tanggungjawab bersama. 
 
Beliau yang turut yang menjadi keynote speaker menjelaskan, seramai 60 mahasiswa dari pelbagai negara menyertai 2nd UCUC yang berlangsung dari 15 – 21 Julai.  
 
Mereka terdiri daripada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Chiang Mai University (CMU) Thailand, Universiti Sains Malaysia (USM), Danang University of Foreign Language Studies (UFLS), Vietnam; Saga University of Technology (SUT) Japan dan Suranaree University of Technology, Thailand.
 
“Tema persidangan, Industrial 4.0 tepat pada masanya dan menjadi tugas mahasiswa untuk mendukung tema itu di samping memperkenalkan UUM kepada masyarakat global.
 
“Tahniah kepada pelajar UUM yang telah beraksi cemerlang menampilkan persembahan terbaik dengan mendominasi 9 anugerah dari 11 anugerah menerusi pembentangan poster dan oral,” ulasnya.
 
Bagi kategori pembentangan poster juri telah memilih poster Qiu Wei Lim dengan tajuk Industrial Revolution 4.0: A Risk Benefits Analysist, ke-2 Nurlina Khalida Md Ruslan, Siti Zaharina Ahmad Assakari masing-masing dari UUM dan ke-4 Sai Awn Khay dari CMU.
 
Manakala bagi kategori oral menyaksikan 12 pembentangan dan Chee Wee Sen bersama Fatin Nabilah Ramlee (UUM) diangkat sebagai pembentang terbaik, di ikuti Muhammad Ridhwan Othman(UUM) ke-2 dan Jirapan Jaikum (CMU) tempat ketiga.
 
Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang juga merupakan ahli Beta Gamma Sigma Chapter UUM, Fatin Nabilah Ramlee, 22 bersyukur apabila pembentangan bertajuk Moving Toward Industry 4.0: Malaysia Poultry Industry diangkat sebagai pembentangan terbaik. 
 
“Saya salah seorang dari 5 pelajar yang mewakili UUM untuk membuat perbentangan di hadapan 6 universiti, saya memang tak sangka pembentangan saya menarik perhatian juri, di luar dugaan.
 
“Sesi pembentangan poster turut memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pelaksanaan industry 4.0 di negara masing-masing,” katanya.
 
Fatin menyifatkan menjadi peserta UCUC merupakan satu pengalaman yang berharga kerana membuka minda bahawa industry 4.0 bukan sahaja berkaitan dengan teknologi sahaja bahkan merangkumi pelbagai aspek. 
 
“Acara ini merupakan satu cabaran bagi saya kerana ini pertama kali saya membuat pembentangan di hadapan universiti lain secara individu,” luahnya.
 
Selain itu tambahnya, menerusi UCUC peserta dapat meneroka budaya negara Thailand serta bertukar budaya dengan membuat persembahan pada malam terakhir seperti tarian Joget Pahang dan tarian India.
 
“Pada mulanya saya agak kekok kerana tidak pernah membuat persembahan tarian di hadapan orang ramai namun kami berusaha bersungguh-sungguh, dengan hanya 3 malam berlatih kami dapat membuat persembahan yang menghiburkan,” ujarnya.
 
Manakala pelajar Sarjana Muda Perakaunan Muhammad Ridhwan Othman, 22 teruja menyertai program yang memberi pendedahan kepada pelajar menguasai pelbagai kemahiran kepimpinan, pengurusan dan keterampilan.
 
“Pelajar diberi kepercayaan menguruskan aktiviti yang memerlukan daya pemikiran kritis dalam membuat keputusan dan kemahiran komunikasi berkesan untuk membentuk keyakinan diri ketika berhadapan dengan khalayak. 
 
“Kami berpeluang berkenalan dengan pelajar yang datang dari pelbagai negara selain dibawa melawat syarikat di Thailand yang sinonim dengan industry 4.0,” ujarnya.
 
Jelasnya, UCUC menjadi platform terbaik untuk membentuk pemimpin muda yang kreatif, berdikari, peka dan hak asasi merentas sempadan selain berusaha meningkatkan lebih banyak jaringan.  
 
“Saya bersyukur diberi peluang menimba pengalaman berharga secara holistik dengan memberi pendedahan ke arah pembentukan sikap positif, keyakinan diri dan kreativiti,” katanya. 
 
Program 2nd UCUC ini juga turut mendedahkan pelajar dengan sesi lawatan ke syarikat-syarikat yang berkaitan dengan industri 4.0, khidmat komuniti dengan masyarakat setempat, serta program kebudayaan.
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

SIFEC 2018 Bincang Cabaran Kewangan Islam

SIFEC 2018 Bincang Cabaran Kewangan Islam
UUM ONLINE: Sarajevo Islamic Finance And Economics Conference (SIFEC) 2018 membincangkan isu cabaran dalam pembangunan kewangan Islam di perpustakaan Gazi Husrev-Bey, Bosnia dan Herzegovina, Sarajevo.

QRC'18 Ketengahkan Isu, Cabaran dan Potensi Penyelidikan Kualitatif

QRC'18 Ketengahkan Isu, Cabaran dan Potensi Penyelidikan Kualitatif
UUM ONLINE: Melaka - Bertemakan 'Researching Real World', Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) mengetengahkan isu semasa, cabaran dan potensi dalam penyelidikan kualitatif pada Persidangan Penyelidikan Kualitatif 2018 (QRC'18) yang berlangsung selama tiga hari mulai 10 Julai lalu.

Tan Sri Rafidah Aziz: Kukuhkan Tiga Tonggak Utama Negara

Tan Sri Rafidah Aziz: Kukuhkan Tiga Tonggak Utama Negara
UUM ONLINE: 11 Julai - Sejauh manakah tsunami politik Malaysia yang melanda terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini telah mengubah atau memberi kesan kepada ekosistem perniagaan negara?

Fahami Falsafah Untuk Martabatkan Ilmu Dan Institusi Pendidikan

Fahami Falsafah Untuk Martabatkan Ilmu Dan Institusi Pendidikan
UUM ONLINE: 24 Julai - Mengetengahkan tajuk Institutional Leadership In Realising The Philosophy Of Education (FPK 1996), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkongsi pandangan beliau tentang Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dalam memartabatkan ilmu dan institusi pendidikan khasnya.

IBS UUM Latih Profesional Kewangan Islam Di Bosnia

IBS UUM Latih Profesional Kewangan Islam Di Bosnia

UUM ONLINE: Dua pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah dijemput menjayakan dua sesi Summer School Sarajevo 2018 yang berlangsung di Perpustakaan Gazi Husrev-Bey, Bosnia dan Herzegovina, baru-baru ini.

Karnival Varsiti IMT-GT - Serlahkan Potensi, Bina Jaringan

Karnival Varsiti IMT-GT - Serlahkan Potensi, Bina Jaringan
UUM ONLINE: Peserta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand menimba pengalaman berharga dalam menyerlahkan potensi dan membina jaringan antarabangsa sempena Karnival Varsiti IMT-GT Ke-20, 2018, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.

UUM Sedia Platform Untuk Warga Kerja TEKUN Nasional Tingkat Tahap Prestasi

UUM Sedia Platform Untuk Warga Kerja TEKUN Nasional Tingkat Tahap Prestasi
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 10 Julai - Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TEKUN Nasional bagi menjalankan program peningkatan prestasi warga kerja TEKUN Nasional.
 
MoU itu dimeterai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad mewakili Naib Canselor dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Baharom Embi dengan disaksikan oleh Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional, Siti Norazlina Seni.
 
Prof Dr Ayoib berkata pemeteraian MoU itu membolehkan UUM bekerjasama dengan TEKUN Nasional bagi menjalankan program peningkatan prestasi warga kerja TEKUN yang diharap akan memberi impak positif terhadap keseluruhan organisasi. 
 
"Dengan pelaksanaan kerjasama ini, warga kerja TEKUN berpeluang untuk meningkatkan lagi taraf akademik mereka melalui Program Eksekutif yang ditawarkan bagi peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. 
 
"Selain itu, terdapat juga program keusahawanan yang diadakan khusus bagi para peminjam TEKUN dan juga kajian keberkesanan terhadap pelaksanaan produk pembiayaan oleh TEKUN," ujarnya.
 
Sementara itu, menurut Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional, Siti Norazlina Seni, kerjasama strategik TEKUN dan UUM bukan hanya dalam membangunkan tahap kemahiran dan pengetahuan warga kerja TEKUN dalam bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan tetapi juga untuk mendapatkan pandangan dan cadangan menambah baik produk pembiayaan yang dilaksanakan oleh TEKUN sejak sekian lama, melalui kajian yang akan dijalankan bersama.
 
"Melalui kerjasama ini juga, TEKUN Nasional berharap akan mendapat khidmat bimbingan melalui kepakaran tenaga akademik daripada UUM melalui modul-modul latihan keusahawanan yang komprehensif serta sistem aplikasi komputer yang diperlukan TEKUN Nasional," jelas beliau.
 
Program kerjasama antara UUM dan TEKUN Nasional ini merangkumi pelbagai program termasuk peningkatan akademik dalam kalangan warga kerja TEKUN Nasional yang mana buat permulaan ini melibatkan penyertaan seramai 42 warga kerja TEKUN Nasional.
 
Hadir sama pada majlis ini Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, pegawai-pegawai kanan UUM dan TEKUN Nasional.
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia