Seimbangkan Pembangunan Modal Insan Dan Ranking Universiti

Seimbangkan Pembangunan Modal Insan Dan Ranking Universiti

UUM ONLINE: 29 Oktober - Warga Universiti Utara Malaysia (UUM) diminta untuk menggunakan ruang dan meningkatkan inisiatif bagi mengimbangi pembangunan modal insan dan melonjakkan ranking universiti.

Kewangan Islam Harus Manfaatkan Kemajuan Teknologi Dan Inovasi

Kewangan Islam Harus Manfaatkan Kemajuan Teknologi Dan Inovasi

UUM ONLINE: 23 Oktober - Ledakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) membawa pelbagai masalah dan cabaran, namun pada masa yang sama turut membawa potensi yang boleh dimanfaatkan termasuk dalam sektor kewangan Islam.

UUM Prihatin Dengan Kebajikan Staf Selaras Dengan Teras Ilmu Budi Bakti

UUM Prihatin Dengan Kebajikan Staf Selaras Dengan Teras Ilmu Budi Bakti

UUM ONLINE: 29 Oktober - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menjadi organisasi yang bukan sahaja menjaga kebajikan staf akademik, malah secara menyeluruh termasuk staf dari peringkat bawah.

Lawatan Rasmi Sulung Pengerusi LPU Baharu

Lawatan Rasmi Sulung Pengerusi LPU Baharu

UUM ONLINE: 22 Oktober - Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu, Dato' Prof. Dr. Sudin Haron memulakan lawatan rasmi sulung selama dua hari ke UUM semalam.

Buku Terbitan UUM Press Boleh Didapati Di Lazada Dan Shopee

Buku Terbitan UUM Press Boleh Didapati Di Lazada Dan Shopee

UUM ONLINE: Perkhidmatan beli-belah dalam talian merupakan antara yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini.

UUM-MIMOS Berhad Bekerjasama Sedia Peluang ICT Di Kedah

UUM-MIMOS Berhad Bekerjasama Sedia Peluang ICT Di Kedah

UUM ONLINE: 22 Oktober - Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada MIMOS Berhad diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Rizan Ibrahim bersama lima pegawai kanan MIMOS semalam.

Dua Pensyarah UUM Cemerlang Di Malaysia's Research Star Award 2018

Dua Pensyarah UUM Cemerlang Di Malaysia's Research Star Award 2018

UUM ONLINE: Sepang - Dua pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) mempamerkan kecemerlangan apabila menerima anugerah pada Malaysia’s Research Star Award (MRSA) dan Pengiktirafan Jurnal CREAM 2018 di Sama-Sama Hotel, baru-baru ini.

TNC (A&A) Menghadap Raja Puan Muda Kedah Sembah Maklum Majlis Konvokesyen Ke-31 Dan Pencapaian Terkini UUM

TNC (A&A) Menghadap Raja Puan Muda Kedah Sembah Maklum Majlis Konvokesyen Ke-31 Dan Pencapaian Terkini UUM
UUM ONLINE: Alor Setar, 20 Oktober - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim telah menghadap Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Kuwait Ke Malaysia

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Kuwait Ke Malaysia

UUM ONLINE: 25 Oktober - Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani menerima kunjungan hormat Duta Besar Kuwait Ke Malaysia, H.E Saad Abdullah Saleh A. Al Asousi di Balai Tamu, pagi tadi.

Naib Canselor Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pengerusi LPU Baharu 

Naib Canselor Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Pengerusi LPU Baharu
UUM ONLINE: Putrajaya, 19 Oktober - Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Utara Malaysia (UUM)  Dato' Prof. Dr. Sudin Haron di Yayasan Waqaf Malaysia, hari ini.

Siswapreneur Showcase Ketengah Bakat Keusahawanan Pelajar

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Duta Besar Kuwait Ke Malaysia

UUM ONLINE: Pulau Pinang - Bagi mengetengahkan bakat keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi  Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Siswapreneur Showcase Siri 4/2018 selama tiga hari bermula 19 Oktober lalu di Mydin Mall, Bukit Mertajam.

Siswapreneur Showcase merupakan program anjuran KPM yang diadakan pada setiap tahun secara bersiri di seluruh Malaysia melibatkan penyertaan universiti awam dan swasta.

Pengarah CEDI, Prof. Madya Dr. Abd Rahim Jaguli berkata, Siswapreneur Showcase menjadi platform kepada pelajar universiti untuk mengetengahkan bakat keusahawanan mereka melalui pameran dan jualan produk serta perkhidmatan yang dihasilkan.

Menurutnya, lebih 500 orang mengambil bahagian terdiri daripada pelajar, wakil universiti awam dan swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian.

"Produk dan perkhidmatan yang diketengahkan pada program ini dipecahkan mengikut lima (5) kluster iaitu Makanan dan Minuman, Kecantikan dan Kesihatan, Seni Kreatif, Kraf dan Produk Inovasi, Perkhidmatan dan Fesyen dan Aksesori.

"Selain pameran dan jualan, pelbagai aktiviti sampingan juga akan diadakan antaranya seperti kempen derma darah, explorace keusahawanan, siswapreneur pitching, kempen kesedaran kesihatan dan persembahan pentas," katanya.

Beliau berkata, Siswapreneur Showcase membuka ruang dan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan jaringan usahawan mereka bersama industri, selain dapat mempromosikan produk inovasi dan keusahawanan masing-masing ke pasaran komersial dan lebih berdaya saing.

Di samping itu, menurutnya, pelajar juga akan mendapat motivasi dan meningkatkan keyakinan untuk berada dalam dunia perniagaan sebenar.

Katanya, UUM turut menghantar 11 pelajar bagi memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai sepanjang Siswaperenure Showcase berlangsung.

"Antara empat produk yang diketengahkan oleh usahawan pelajar UUM ialah produk inovasi berasaskan makanan Jepun iaitu sushi bercitarasa tempatan, aneka roti, jagung serta produk pakaian.

"Malah, pelajar kita, Nuraida Amira Baharuddin telah mendapat tempat keempat apabila berjaya mendapat kutipan tertinggi menerusi hasil jualan dan pameran ini," katanya.

Peserta dari UUM, Siti Norliana Noordin berkata, program tersebut adalah pengalaman kedua dia membuat pameran dan jualan dan dia teruja dengan sambutan yang diterima daripada pengunjung yang menyukai sushi tempatan dihasilkannya.

Sepanjang program itu, antara aktiviti dijalankan ialah pertunjukan Brass Band oleh Kelab Brass Band UITM, Buskers USM, Majlis Konvo Pelajar Tadika, persembahan Kumpulan Tarian Bidasari Pusat Budaya, UUM dan Du-IT Wise, Millionaire Challenge oleh UniMAP.

Oleh: Seksyen Media UKK

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Program Perakaunan TISSA-UUM: Program Akreditasi EPAS Pertama Dan Satu-Satunya Di Malaysia

Program Perakaunan TISSA-UUM: Program Akreditasi EPAS Pertama Dan Satu-Satunya Di Malaysia
UUM ONLINE: Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) mengharumkan nama UUM dan negara apabila dua program yang ditawarkan di pusat pengajian berkenaan dianugerahkan akreditasi EFMD Programme Accreditation System (EPAS) daripada European Foundation for Management Development (EFMD), sebuah pertubuhan antarabangsa tidak berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Brussels, Belgium.

Kedudukan UUM Meningkat Dalam QS Asia University Rankings 2019

Kedudukan UUM Meningkat Dalam QS Asia University Rankings 2019

UUM ONLINE: 24 Oktober - Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menunjukkan kecemerlangan apabila meningkat tiga anak tangga kepada 128 dalam QS Asia University Rankings 2019 berbanding di kedudukan 131 Asia bagi edisi sebelumnya.

Dua Subjek UUM Tersenarai Dalam Times Higher Education World University Rankings By Subject 2019

Dua Subjek UUM Tersenarai Dalam Times Higher Education World University Rankings By Subject 2019
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta sejarah apabila dua subjek utama universiti iaitu Business and Economics dan Social Sciences buat pertama kalinya disenaraikan dalam Times Higher Education World University Rankings by Subject 2019 yang diterbitkan pada 17 Oktober 2018 melalui portal https://www.timeshighereducation.com/world-university-rankings/by-subject.

Pelan Strategik 2019 Mantapkan OYAGSB

Pelan Strategik 2019 Mantapkan OYAGSB

UUM ONLINE: Dalam usaha memantapkan lagi hala tuju organisasi, staf OYAGSB berganding bahu membangunkan pelan strategik OYAGSB yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Career Fair Bantu Pelajar Kenali Dunia Kerjaya

Career Fair Bantu Pelajar Kenali Dunia Kerjaya
UUM ONLINE: Bagi memberi input tentang tempat praktikum dan persediaan kepada kerjaya yang bakal diceburi mengikut bidang yang diminati kepada mahasiswa UUM, Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan program UUM Career Fair 2018 selama dua hari di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah baru-baru ini.

Dato’ Zulkiply Tarik Minat Mahasiswa Ceburi Kesukarelawan

Dato’ Zulkiply Tarik Minat Mahasiswa Ceburi Kesukarelawan

UUM ONLINE: 24 Oktober - Sesi Perkongsian Pengalaman Profesor Adjung SAPSP, Dato’ Zulkiply Ramli, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menarik minat mahasiswa untuk menceburi bidang kesukarelawanan dan khidmat komuniti.

Dato' Prof Dr Sudin Haron Dilantik Sebagai Pengerusi LPU UUM Baharu

Dato' Prof Dr Sudin Haron Dilantik Sebagai Pengerusi LPU UUM Baharu
UUM ONLINE: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Dato’ Prof Dr Sudin Haron telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UUM baharu berkuat kuasa 1 Oktober 2018 hingga 30 September 2021.

Bilik Student-Centered Learing (SCL) Penuhi Suasana Pembelajaran Kondusif

Bilik Student-Centered Learing (SCL) Penuhi Suasana Pembelajaran Kondusif

UUM ONLINE: 24 oktober - Penaikan taraf bilik kuliah tradisional kepada berkonsepkan bilik pembelajaran berpusatkan pelajar atau student-centered learning (SCL) di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) dilihat mampu memenuhi suasana pembelajaran yang kondusif.

UUM Terima Agihan Zakat Bank Islam RM55,000

UUM Terima Agihan Zakat Bank Islam RM55,000
UUM ONLINE: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM55,000 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan.

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia