Pelaksanaan CEFR Bantu Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar

Pelaksanaan CEFR Bantu Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar

UUM ONLINE: 30 Januari - Bagi meningkatkan tahap kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menganjurkan Sesi Wacana Bersama Prof Dr Zuraidah Mohd Don dari Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Wacana yang menfokuskan tentang isu terkini berkaitan sistem penarafan Common European Framework of Reference for Languages: Learning, Teaching, Assessment (CEFR) dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggeris itu diadakan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 3/4, pagi tadi.

Prof Dr Zuraidah berkata, CEFR kini telah digunapakai banyak negara di seluruh dunia termasuk Vietnam, China, Singapura dan Australia.

Menurutnya, di Malaysia, penggunaan CEFR sedang dilaksanakan dalam penggubalan kurikulum, pengujian dan bahan mengajar Bahasa Inggeris di peringkat sekolah dan universiti.

"CEFR adalah sebagai panduan deskripsi tahap kemahiran penguasaan bahasa yang mencakupi silibus, kurikulum, garis panduan, peperiksaan, buku teks dan merupakan alat untuk merancang program yang telus dalam pendidikan bahasa.

"Ia membantu golongan pendidik untuk memperkasakan penguasaan dalam peningkatan dan pemantapan pengujian Bahasa Inggeris dengan mengikut standard antarabangsa, sekali gus dapat memberi latihan membangunkan program dan bahan pengajaran serta pembelajaran berimpak tinggi kepada pelajar," katanya.

Bagaimanapun, dalam mengimplementasi CEFR dalam Pendidikan Bahasa Inggeris, terdapat dua isu kritikal yang perlu dihadapi iaitu apakah jenis pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi abad ke-21 sama ada pelajar lepasan sekolah atau graduan universiti dan kedua, bagaimana Pendidikan Bahasa Inggeris disediakan untuk golongan muda di Malaysia dalam arus globalisasi dunia.

Justeru, katanya, dalam mengimplementasi CEFR, pendidikan Bahasa Inggeris perlukan pembaharuan dalam sistem penyampaian berkualiti iaitu guru berkaliber tinggi, bahan pembelajaran berkualiti tinggi dan persekitaran pembelajaran juga berkualiti tinggi.

"Tujuan perubahan ini adalah untuk menghasilkan program Bahasa Inggeris yang mengikut piawaian antarabangsa, menyediakan Pendidikan Bahasa Inggeris berkualiti kepada pelajar dan merapatkan jurang pencapaian serta menghasilkan atau melaksanakan pelan pelaksanaan atau pelan hala tuju.

"Proses perubahan yang dilakukan kini ialah penilaian menyeluruh sistem pendidikan Bahasa Inggeris, menghasilkan pelan hala tuju CEFR dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2025 dan melaksanakan hala tuju," katanya lagi.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan CEFR kelak akan membawa aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan pelajar yang profisien dalam Bahasa Inggeris, sekali gus mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

  

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Ahli Persatu Disaran Bantu Angkat UUM Jadi Universiti Pengurusan Terkemuka

Ahli Persatu Disaran Bantu Angkat UUM Jadi Universiti Pengurusan Terkemuka

UUM ONLINE: 22 Januari - Ahli Persatuan Akademia UUM (Persatu) disarankan untuk bersama-sama pengurusan universiti membantu menjadikan UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka.

Pendaftaran Pelajar Baharu OYAGSB

Pendaftaran Pelajar Baharu OYAGSB

UUM ONLINE: 30 Januari -  Pendaftaran pelajar pasca siswazah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) bagi kemasukan Semester Kedua Sesi 2017/2018 berjalan lancar, semalam.

Naib Canselor Hadir Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Kedah

Naib Canselor Hadir Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Kedah

UUM ONLINE: Alor Setar, 21 Januari - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah hadir ke Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Ke-76 di Istana Anak Bukit, pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama isteri, Datin Seri Norhayati Nazri merupakan antara kenamaan yang hadir pada istiadat pengurniaan oleh Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhun Sultan Badlishah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Kunjungan Hormat Panglima Latihan Tentera Darat

Kunjungan Hormat Panglima Latihan Tentera Darat

UUM ONLINE: 28 Januari - Naib Canselor UUM, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerima kunjungan hormat daripada delegasi Angkatan Tentera Malaysia di Balai Tamu, pagi tadi.

KPT Dan Alibaba Bekerjasama Hasilkan Lebih Ramai Bakat-Bakat eCommerce

KPT Dan Alibaba Bekerjasama Hasilkan Lebih Ramai Bakat-Bakat eCommerce

UUM ONLINE: Seramai 50 pendidik daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerima sijil "Training of Trainers" - Global E-Commerce Talent (GET) Siri 1, sebuah program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Alibaba Business School untuk menyokong pendidik keusahawan dan meningkatkan pengetahuan dan amalan profesional dalam bidang e-commerce global.

Amanat Naib Canselor Suntik Inspirasi - Lebih Tekun, Teamwork, Sedia Berubah

Amanat Naib Canselor Suntik Inspirasi - Lebih Tekun, Teamwork, Sedia Berubah

UUM ONLINE: “Teruslah menabur bakti tanpa perlu memikirkan ganjaran sampingan, bekerja dan mencari ilmu dengan niat kerana Allah SWT pasti hasilnya berbeza.

Perlawanan Boling Persahabatan UUM-Mahkamah Negeri Kedah Erat Hubungan Dua Hala

Perlawanan Boling Persahabatan UUM-Mahkamah Negeri Kedah Erat Hubungan Dua Hala

UUM ONLINE: Alor Setar, 17 Januari - Seramai 52 staf dari Pusat Pengajian Undang-undang (SoL), UUM dan Mahkamah Negeri Kedah telah mengadakan Perlawanan Boling Persahabatan di Aman Bowl, Aman Central petang tadi.

Warga UUM Harus Terap Rukun 'Ilmu Budi Bakti' Dan Berani Berubah Untuk IR4.0

Warga UUM Harus Terap Rukun 'Ilmu Budi Bakti' Dan Berani Berubah Untuk IR4.0

UUM ONLINE: 25 Januari - "2017 adalah tahun yang hebat kerana universiti telah mencapai banyak kejayaan demi kejayaan, malah ada antaranya diperoleh lebih awal dari perancangan," ujar Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Amanat Naib Canselor 2018 di Dewan Mu'adzam Shah, pagi tadi.

Kerjasama Dengan SUHAKAM Tingkat Kualiti Pengajaran Isu-Isu Hak Asasi Manusia

 Kerjasama Dengan SUHAKAM Tingkat Kualiti Pengajaran Isu-Isu Hak Asasi Manusia

UUM ONLINE: 16 Januari - Bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dalam pelbagai aspek isu-isu hak asasi manusia, Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalinkan kerjasama pintar dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Balai Tamu, Canselori, pagi tadi.

Tadbir Urus, Kepimpinan, Integriti Capai Kejayaan

Tadbir Urus, Kepimpinan, Integriti Capai Kejayaan

 UUM ONLINE: 24 Januari - Seramai 1,070 peserta dari enam buah universiti awam berkampung selama 2 minggu di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjalani Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam Tahun 2018.

UUM-Alibaba Manfaat Pengetahuan Dan Pengalaman

UUM-Alibaba Manfaat Pengetahuan Dan Pengalaman

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menerima kunjungan hormat daripada Brian Wong, Naib Presiden, Alibaba Group Limited sempena program Training of Trainers Global E-Commerce Talent (GET) yang berlangsung selama enam hari di EDC Hotels & Resorts.

Naib Canselor Terima Kunjungan Atlantis Business School Mauritius

Naib Canselor Terima Kunjungan Atlantis Business School Mauritius

UUM ONLINE: 24 Januari - Dalam usaha menjalin kerjasama, Atlantis Business School (ABS) dari Mauritius mengadakan lawatan rasmi ke UUM, semalam.

UUM Universiti Pertama Jalankan GET – Alibaba

UUM Universiti Pertama Jalankan GET – Alibaba

UUM ONLINE: UUM mencipta sejarah apabila menjadi universiti pertama di Malaysia yang menjalankan Training of Trainers Global E-Commerce Talent (GET) menerusi kerjasama dengan Alibaba Group China di EDC Hotels & Resorts, Universiti Utara Malaysia (UUM), bermula semalam hingga 19 Januari ini.

MoU UUM-Perkeso Bantu Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerjaan

MoU UUM-Perkeso Bantu Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerjaan

UUM ONLINE: 23 Januari - Dalam usaha mencegah kemalangan pekerjaan dalam kalangan pekerja, UUM menerusi Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) di Balai Tamu, tadi.

Program EDBM Jadi Nilai Tambah Tingkat Keupayaan Pengurusan Pegawai JKDM

Program EDBM Jadi Nilai Tambah Tingkat Keupayaan Pengurusan Pegawai JKDM

UUM ONLINE: 13 Januari - Program Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (EDBM) seharusnya menjadi nilai tambah untuk meningkatkan keupayaan kepengurusan kakitangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Delegasi Universiti China Dan MTDC

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Delegasi Universiti China Dan MTDC

UUM ONLINE: 23 Januari - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menerima dua kunjungan hormat dari tiga universiti di China dan juga Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) di Balai Tamu, hari ini.

Booth Pameran UUM Dapat Sambutan Ramai

Booth Pameran UUM Dapat Sambutan Ramai

UUM ONLINE: Putrajaya, 11 Januari - Booth pameran UUM yang memaparkan produk penyelidikan dan produk anak syarikat mendapat perhatian orang ramai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Pegawai Kemajuan Negeri Perak

Naib Canselor Terima Kunjungan Hormat Pegawai Kemajuan Negeri Perak

UUM ONLINE: 23 Januari - Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, Dato’ Hasim Hasan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Bilik Seri Delima, semalam.

Universiti Harus Berani Berubah Dan Berinovatif Hadapi IR4.0

Universiti Harus Berani Berubah Dan Berinovatif Hadapi IR4.0

UUM ONLINE: Putrajaya, 11 Januari - Mengangkat tema ‘Pendidikan Tinggi 4.0: Ilmu, Industri dan Insan’, Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh menekankan semua universiti perlu berani membuat perubahan dan berinovatif dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia