SIFEC 2018 Bincang Cabaran Kewangan Islam

SIFEC 2018 Bincang Cabaran Kewangan Islam
UUM ONLINE: Sarajevo Islamic Finance And Economics Conference (SIFEC) 2018 membincangkan isu cabaran dalam pembangunan kewangan Islam di perpustakaan Gazi Husrev-Bey, Bosnia dan Herzegovina, Sarajevo.

Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018 Berkonsepkan Expressive Arts Inspiration For Mom & Dad

Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018 Berkonsepkan Expressive Arts Inspiration For Mom & Dad
UUM ONLINE: Perlis, 26 Jun – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bekerjasama dalam mencipta rekod Expressive Arts Inspiration for Mom & Dad untuk The Malaysia Book Of Records menggunakan pendekatan Art Therapy sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Wawasan 2020, Kangar.

Tan Sri Rafidah Aziz: Kukuhkan Tiga Tonggak Utama Negara

Tan Sri Rafidah Aziz: Kukuhkan Tiga Tonggak Utama Negara
UUM ONLINE: 11 Julai - Sejauh manakah tsunami politik Malaysia yang melanda terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini telah mengubah atau memberi kesan kepada ekosistem perniagaan negara?

Kerjasama UUM Dan Khon Kaen University, Thailand Perkasakan Bidang Penyelidikan

Kerjasama UUM Dan Khon Kaen University, Thailand Perkasakan Bidang Penyelidikan
UUM ONLINE: 27 Jun - Bagi memperkasakan lagi bidang penyelidikan khususnya di persada antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Khon Kaen University (KKU), Thailand telah menjalinkan kerjasama dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) Penyelidikan.

IBS UUM Latih Profesional Kewangan Islam Di Bosnia

IBS UUM Latih Profesional Kewangan Islam Di Bosnia

UUM ONLINE: Dua pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM telah dijemput menjayakan dua sesi Summer School Sarajevo 2018 yang berlangsung di Perpustakaan Gazi Husrev-Bey, Bosnia dan Herzegovina, baru-baru ini.

University Of Canterbury – TISSA UUM Jalin Kerjasama 

University Of Canterbury – TISSA UUM Jalin Kerjasama
UUM ONLINE: 26 Jun - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim menerima kunjungan hormat daripada University of Canterbury, New Zealand di pejabatnya, pagi tadi.

UUM Sedia Platform Untuk Warga Kerja TEKUN Nasional Tingkat Tahap Prestasi

UUM Sedia Platform Untuk Warga Kerja TEKUN Nasional Tingkat Tahap Prestasi
UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 10 Julai - Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TEKUN Nasional bagi menjalankan program peningkatan prestasi warga kerja TEKUN Nasional.
 
MoU itu dimeterai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Ayoib Che Ahmad mewakili Naib Canselor dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Baharom Embi dengan disaksikan oleh Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional, Siti Norazlina Seni.
 
Prof Dr Ayoib berkata pemeteraian MoU itu membolehkan UUM bekerjasama dengan TEKUN Nasional bagi menjalankan program peningkatan prestasi warga kerja TEKUN yang diharap akan memberi impak positif terhadap keseluruhan organisasi. 
 
"Dengan pelaksanaan kerjasama ini, warga kerja TEKUN berpeluang untuk meningkatkan lagi taraf akademik mereka melalui Program Eksekutif yang ditawarkan bagi peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. 
 
"Selain itu, terdapat juga program keusahawanan yang diadakan khusus bagi para peminjam TEKUN dan juga kajian keberkesanan terhadap pelaksanaan produk pembiayaan oleh TEKUN," ujarnya.
 
Sementara itu, menurut Ahli Lembaga Amanah TEKUN Nasional, Siti Norazlina Seni, kerjasama strategik TEKUN dan UUM bukan hanya dalam membangunkan tahap kemahiran dan pengetahuan warga kerja TEKUN dalam bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan tetapi juga untuk mendapatkan pandangan dan cadangan menambah baik produk pembiayaan yang dilaksanakan oleh TEKUN sejak sekian lama, melalui kajian yang akan dijalankan bersama.
 
"Melalui kerjasama ini juga, TEKUN Nasional berharap akan mendapat khidmat bimbingan melalui kepakaran tenaga akademik daripada UUM melalui modul-modul latihan keusahawanan yang komprehensif serta sistem aplikasi komputer yang diperlukan TEKUN Nasional," jelas beliau.
 
Program kerjasama antara UUM dan TEKUN Nasional ini merangkumi pelbagai program termasuk peningkatan akademik dalam kalangan warga kerja TEKUN Nasional yang mana buat permulaan ini melibatkan penyertaan seramai 42 warga kerja TEKUN Nasional.
 
Hadir sama pada majlis ini Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah, pegawai-pegawai kanan UUM dan TEKUN Nasional.
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Kemasukan Baharu Pelajar Program Asasi Pengurusan

Kemasukan Baharu Pelajar Program Asasi Pengurusan
UUM ONLINE: 25 Jun - Kira-kira 206 pelajar Program Asasi Pengurusan bakal mengikuti pengajian di peringkat pra-ijazah apabila mendaftar pada sesi kemasukan 2018/2019 di Inasis TNB, semalam.

SKPSA 2018 Fokus Pemantapan Integriti Dalam Tadbir Urus Sektor Awam

SKPSA 2018 Fokus Pemantapan Integriti Dalam Tadbir Urus Sektor Awam
UUM ONLINE: Sabah - Menginjak tahun ketujuh penganjuran, Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam 2018 (SKPSA 2018) anjuran Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) terus menumpukan isu-isu semasa yang relevan dalam tadbir urus sektor awam di negara ini.

UUM Dalam Senarai 101-150 Universiti Terbaik Dunia Di Bawah Usia 50 Tahun, Bagi Tahun 2019

UUM Dalam Senarai 101-150 Universiti Terbaik Dunia Di Bawah Usia 50 Tahun, Bagi Tahun 2019
UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah disenaraikan di kedudukan 101-150 universiti terbaik dunia di bawah usia 50 tahun melalui kaji selidik QS World University Rankings yang diterbitkan pada 21 Jun 2018.

Majlis Silaturahim Aidilfitri Wadah Erat Hubungan Warga UUM

Majlis Silaturahim Aidilfitri Wadah Erat Hubungan Warga UUM
UUM ONLINE:  Kemeriahan sambutan Majlis Silaturahim Aidilfitri hari ini telah menemukan warga UUM dan masyarakat sekitar dalam suasana riang ria, bersalaman dan bermaaf-maafan sambil menjamu selera di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

Naib Canselor Solat Aidilfitri Di Masjid Sultan Badlishah

Naib Canselor Solat Aidilfitri Di Masjid Sultan Badlishah
UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak hari ini hadir menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Badlishah, di sini bersama-sama warga UUM termasuk pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman bersempena sambutan 1 Syawal.

Master Knowledge In Business And Management To Spur The Nation’s Development

Kuasai Pengetahuan Dalam Perniagaan Dan Pengurusan Pupuk Pembangunan Negara

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 4 Julai - “Kita perlu memiliki pengetahuan dalam perniagaan dan pengurusan adalah penting dalam memupuk pembangunan sebuah negara,” kata Pengerusi Lembaga Universiti Utara Malaysia, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir.

Penggodaman Sistem Komputer Antara Cabaran Mendepani IR4.0

Penggodaman Sistem Komputer Antara Cabaran Mendepani IR4.0
UUM ONLINE: Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penggantungan laman web SAPS (sistem analisis peperiksaan sekolah) ekoran laman web tersebut telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Dana RM100,000 SKMM Bangunkan Makmal Makerspace UUM

Dana RM100,000 SKMM Bangunkan Makmal Makerspace UUM
UUM ONLINE: 3 Julai - Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima dana sebanyak RM100,000 daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membangunkan Makmal Makerspace di universiti ini.

Semarak Kasih Ramadhan @ OYAGSB

Semarak Kasih Ramadhan @ OYAGSB
UUM ONLINE: Program Semarak Kasih Ramadhan 1439H di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada seluruh warga OYAGSB.  

UUM Terima Sijil Keahlian AWQAF

UUM Terima Sijil Keahlian AWQAF

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah mewakili UUM untuk menerima sijil keahlian AWQAF sempena majlis pelancaran EduWAQF di Pusat Konvensyen Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

OYAGSB Bantu Gelandangan Anjung Singgah  

OYAGSB Bantu Gelandangan Anjung Singgah  
UUM ONLINE: Pelajar Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) berjaya mengumpul 20 kotak bantuan untuk disumbangkan kepada golongan gelandangan pada Program Mesra Ramadhan MBA@OYAGSB KL, baru-baru ini.

Empat Jurnal Terbitan Penerbit UUM Tersenarai Dalam Emerging Sources Citation Index (ESCI) Thomson Reuters 

Empat Jurnal Terbitan Penerbit UUM Tersenarai Dalam Emerging Sources Citation Index (ESCI) Thomson Reuters 
UUM ONLINE: Empat jurnal terbitan Penerbit Universiti Utara Malaysia (Penerbit UUM) telah disenaraikan dalam pangkalan data baharu Thomson Reuters iaitu Web of Science (WoS) - Emerging Sources Citation Index (ESCI).

Usaha Amalan Pembangunan Mampan UUM Terima The Green Era Award For Sustainability

Usaha Amalan Pembangunan Mampan UUM Terima The Green Era Award For Sustainability
UUM ONLINE: 10 Jun - Usaha Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam amalan pembangunan mampan (sustainable development) di setiap pentadbiran universiti tidak sia-sia apabila menerima The Green Era Award for Sustainability oleh Other Ways Association, Management & Consulting, sebuah organisasi yang berpangkalan di Perancis.

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia