Dato' Rohana Rozhan Dilantik Profesor Adjung SCIMPA

Dato' Rohana Rozhan Dilantik Profesor Adjung SCIMPA

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 3 November - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Eksekutif ASTRO Malaysia Holdings Berhad, Dato' Rohana Tan Sri Datuk Haji Rozhan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Syarahan Felo Adjung NCRC Tekan Isu Keperluan Transformasi

Syarahan Felo Adjung NCRC Tekan Isu Keperluan Transformasi

UUM ONLINE: Sejajar dengan perubahan zaman dan teknologi masa kini, Syarahan Felo Adjung NCRC bertajuk 'Agile Leadership: Key For Organisation Transformation' oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr Mazalan Kamis menekankan tentang keperluan dan pentingnya transformasi dalam kehidupan dan organisasi.

MoA Antara OpenLearning – UUM Rancakkan Pembangunan MOOC

 MoA Antara OpenLearning – UUM Rancakkan Pembangunan MOOC

UUM ONLINE: 5 Disember - Pemeteraian Memorandum Persetujuan (MoA) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan OpenLearning Global (M) Sdn Bhd bakal merancakkan lagi pengajian dalam talian atau dikenali dengan Massive Open Online Courses (MOOC) seiring kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kerjasama Strategik Ke Benua Eropah

Kerjasama Strategik Ke Benua Eropah

UUM ONLINE: 5 Disember - Timbalan Rektor Technical University of Liberec (TUL), Republik Czech, Ass. Prof. Sona Jandova telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Balai Tamu, semalam.

UUM Dan Hebei University Meterai MoU

 UUM Dan Hebei University Meterai MoU

UUM ONLINE: 30 November - Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Hebei University, China mengukuhkan kerjasama antarabangsa, berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, semalam.

ICORE 2017 Fokus Pembangunan Dan Keusahawanan Luar Bandar

ICORE 2017 Fokus Pembangunan Dan Keusahawanan Luar Bandar

UUM ONLINE: Alor Setar - Penganjuran keempat Persidangan Antarabangsa Pembangunan Luar Bandar (ICORE) 2017 terus menjadi medan bagi membincangkan isu pembangunan dan keusahawanan di kawasan luar bandar.

Persidangan selama dua hari bermula hari ini dianjurkan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan kerjasama Hebei University, China dan Universitas Jenderal Soedirman, Indonesia berjaya menghimpunkan 200 peserta yang turut akan membincangkan tentang pembangunan ekonomi, pelancongan dan alam sekitar kawasan luar bandar.

Yang Menjalankan Tugas Dekan SEFB, Prof Madya Dr Siti Aznor Ahmad berkata, ICORE bermula sejak 2011 di Sarawak, diikuti 2013 di Indonesia dan 2015 di China selepas mendapat sambutan peserta dari pelbagai negara yang menyertai.

Menurutnya, penganjuran ICORE itu adalah untuk menjana pemikiran inovatif yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan untuk mengenal pasti elemen-elemen agenda penyelidikan jangka panjang untuk mengisi jurang kritikal dalam pengetahuan tentang isu terlibat.

“Saya berharap peserta persidangan ini dapat memanfaatkan perkongsian ilmu di sepanjang ICORE ini,” katanya.

Sepanjang ICORE 2017, peserta akan mengikuti lima sesi selari mengikut topik berkaitan.

Hadir sama, Dekan Kolej Ekonomi, Hebei University, Prof Yang Hui Liang dan Dekan Fakulti Ekonomi, Universitas Jenderal Soedirman, Suliyanto Sudaeto Santeja.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Ubah Mindset Untuk Jadi Usahawan Berjaya – Fizo Omar

Ubah Mindset Untuk Jadi Usahawan Berjaya – Fizo Omar

UUM ONLINE: "Mahasiswa yang ingin menjadi usahawan berjaya harus ubah minda (mindset) masing-masing. Sekali anda ubah minda, segala-galanya akan berubah," kata usahawan selebriti Fizo Omar dalam BizTalk sempena Program Millennials Mindset Mapping bersama mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah baru-baru ini.

Menteri KPDNKK Kongsi Ilmu Keusahawanan Dengan Mahasiswa

Menteri KPDNKK Kongsi Ilmu Keusahawanan Dengan Mahasiswa

UUM ONLINE: "Perkara pertama yang perlu dilakukan para usahawan sebelum memulakan sesuatu perniagaan, adalah mendapatkan maklumat mengenai perniagaan yang ingin dijalankan," ujar Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Hamzah Zainudin pada Program Millennials Mindset Mapping bersama mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Mu'adzam Shah.

Naib Canselor Rakam Penghargaan Kepada Warga UUM

Naib Canselor Rakam Penghargaan Kepada Warga UUM

UUM ONLINE:

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak merakamkan setinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua warga Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah bekerja keras untuk menjayakan Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-30 UUM yang berakhir semalam

Menurutnya, setiap usaha kuat staf UUM untuk melancarkan majlis utama universiti ini sama ada sebelum, semasa dan selepas konvokesyen ini adalah satu amalan murni yang akan diberikan ganjaran pahala besar oleh Allah SWT.

"Segala teguran dan kekasaran bahasa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut diharap tidak disimpan di dalam hati kerana kita hanya ingin memberikan yang terbaik kepada semua graduan dan ibu bapa mereka untuk berasa gembira meraikan hari bersejarah untuk menggenggam segulung ijazah.

"Well done and keep up good work!", kata beliau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Ahli MPP Disaran Beri Perkhidmatan Terbaik

Ahli MPP Disaran Beri Perkhidmatan Terbaik

UUM ONLINE: Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) disaran memberi perkhidmatan terbaik sebagai balasan mandat yang diberikan rakan-rakan lain yang telah memilih mereka untuk menjadi pemimpin mahasiswa di universiti ini.

Perdana Menteri Lancar 100Gbps MYREN-X

Perdana Menteri Lancar 100Gbps MYREN-X

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah melancarkan Infrastruktur Siber Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 100 Gigabit sesaat MYREN-X (100Gbps MYREN-X) di Universiti Malaya baru-baru ini.

Gadis Istimewa Penerima Anugerah Pingat Emas

Gadis Istimewa Penerima Anugerah Pingat Emas

UUM ONLINE: Semangat juang yang tinggi dan sentiasa positif yang dimiliki gadis orang kelainan upaya (OKU) berjaya melakar kejayaan terindah sekali gus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Majlis Konvokesyen Ke-30 UUM, semalam.

Dermawan Terkenal, Selebriti Chef Terima Ijazah Kehormat

Dermawan Terkenal, Selebriti Chef Terima Ijazah Kehormat

UUM ONLINE: Dua tokoh tersohor, Tan Sri Dato’ Paduka Dr Fng Ah Seng dan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pengiktirafan kepada sumbangan serta ketokohan mereka kepada negara dalam bidang masing-masing sempena Majlis Konvokesyen UUM ke-30.

MYIGF 2017 Sebar Pandangan Isu Keselamatan Siber

MYIGF 2017 Sebar Pandangan Isu Keselamatan Siber

UUM ONLINE: Cyberjaya - Dengan tema Cyber Security For Trusted Digital Economy, Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menganjurkan 2nd Malaysian Internet Governance Forum (MYIGF) 2017 di Auditorium SKMM, semalam.

ICON-HMC Jana Idea Industri Kreatif

ICON-HMC Jana Idea Industri Kreatif

UUM ONLINE: International Conference On Human And Multimedia Creativity (ICON-HMC) 2017 yang berlangsung selama dua hari menjadi medan pertemuan antara pengamal industri kreatif dan para penyelidik dari dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang yang berunsur kreativiti.

Naib Canselor Menghadap Tunku Temenggong Kedah

Naib Canselor Menghadap Tunku Temenggong Kedah

UUM ONLINE: Alor Setar - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menghadap Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) di Istana Anak Bukit semalam.

64 Pegawai Kadet Palapes UUM Dinaikkan Pangkat

64 Pegawai Kadet Palapes UUM Dinaikkan Pangkat

UUM ONLINE: Seramai 64 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Utara Malaysia (UUM) Sesi 2017/2018 bagi ketiga-tiga perkhidmatan Darat, Laut dan Udara dinaikkan pangkat sempena Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes UUM Sesi 2017/2018 semalam.

Naib Canselor Dilantik Ahli Kehormat Briged RELASIS Malaysia

Naib Canselor Dilantik Ahli Kehormat Briged RELASIS Malaysia

UUM ONLINE: Seberang Perai, 30 September - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menerima watikah pelantikan dan pentauliahan pangkat sebagai Pesuruhjaya Kehormat RELA - PjR (Kehormat) dan lantikan sebagai Komander RELASIS Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena Majlis Pentauliahan Bridged RELA Siswa Siswi (RELASIS) Malaysia tahun 2017 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang hari ini. 

Jeneral Dr Chiwenga Menghadap Hormat Tunku Temenggong Kedah

Jeneral Dr Chiwenga Menghadap Hormat Tunku Temenggong Kedah

UUM ONLINE: Alor Setar - Komander Angkatan Tentera Zimbabwe, Jeneral Dr Constantino Guvheya Dominic Nyikadzino Chiwenga telah menghadap hormat Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah di Istana Anak Bukit, baru-baru ini.

Kunjungan Hormat Komander Angkatan Tentera Zimbabwe Dan Delegasi UUM Ke Atas Panglima ATM

Kunjungan Hormat Komander Angkatan Tentera Zimbabwe Dan Delegasi UUM Ke Atas Panglima ATM

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 26 September – Komander Angkatan Tentera Zimbabwe, Jeneral Dr Constantino Guvheya Dominic Nyikadzino Chiwenga bersama delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) diketuai Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Kementerian Pertahanan, pagi ini.

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia