Peserta Bengkel Eksekutif Global Timba Pengalaman Baharu Di Michigan State University, Amerika Syarikat

UUM ONLINE: East Lansing, Michigan - Seramai 15 peserta Bengkel Eksekutif Global untuk Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Tinggi / Global Executive Workshop for Higher Education Management & Administration telah mendaftar bagi program tersebut pada 27 Julai lalu bagi Modul 2 program ini.

Pada minggu pertama program ini berlangsung, peserta telah mengikuti suatu sesi orientasi termasuk mengikuti pembentangan khas mengenai Michigan State University (MSU) dan lawatan kampus, serta siri kuliah dan lawatan ke jabatan-jabatan berkaitan di MSU.

Kuliah interaktif disampaikan oleh pakar-pakar dari MSU merangkumi pelbagai topik utama. Antaranya "Programme Planning and Evaluation", "Educational Reform and Policy" dan "Finance and Funding" oleh Prof John Dirkx dan Prof Roger Baldwin daripada program Higher, Adult, and Lifelong Education, Jabatan Pentadbiran Pendidikan; "Transforming Human Resources" oleh Pakar Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi, Todd Bradley; "Managing Non-traditional Learning" oleh Penolong Pengarah Pembelajaran Reka Bentuk & Teknologi, Ryan Yang; "IT Services and Organisational & Leadership Development" oleh Deborah DeZure, Ketua Pentadbir, Faculty and Organizational Development.

Penggunaan kajian kes secara meluas yang digabungkan dengan sesi perbincangan interaktif, menarik peserta untuk lebih melibatkan diri dalam perbincangan dan memperoleh manfaat daripada sesi-sesi yang dianjurkan.

“Perbincangan dan pembentangan berkumpulan bukan sahaja memberi peluang untuk membangunkan kemahiran penting dan keyakinan,  tetapi juga membolehkan kami memahami dan mempertimbang dengan lebih lanjut isu-isu dan cabaran-cabaran serta mencadangkan langkah-langkah yang berkesan tentang bagaimana untuk mengatasinya," kata Sayed Muhammad Arif Sayed Yahya, Penolong Bendahari Kanan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mereka adalah kumpulan pertama peserta yang mengikuti bengkel berkenaan yang terdiri daripada dua modul di mana Modul 1 program ini telah dijalankan di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 hingga 11 Jun lalu.

Sementara itu, sesi lawatan sambil belajar ke jabatan-jabatan berkaitan di MSU termasuklah Pejabat Antarabangsa, Pejabat Pendaftar, Pejabat Perancangan dan Belanjawan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan memberikan pemahaman lanjut kepada aplikasi praktikal pelbagai strategi dan inisiatif termasuk penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan pentadbiran.

Hassan Djibrine Abdelrassoul, seorang peserta dari Chad, yang kini bekerja di Malaysia sebagai Pengarah Pusat Bahasa Maju Jaya berkata lawatan tersebut membolehkan beliau untuk mempelajari perkara-perkara baharu di luar kelas.

"Kami belajar mengenai dasar dan proses belanjawan dan pembiayaan, dasar dan strategi pengantarabangsaan, khidmat pelajar, pengurusan perpustakaan dan pengurusan fasiliti. Kebersihan kampus melalui penyenggaraan sumber dan fasiliti adalah sesuatu yang menakjubkan bagi kami.

Konsep “Bolder by Design” yang berfungsi sebagai nilai bersama universiti - digunakan dalam majlis-majlis oleh pelbagai jabatan di universiti. Penjenamaan universiti dengan mengiktiraf semangat Spartan di setiap fakulti, staf dan pelajar adalah sesuatu yang kita semua perlu contohi di setiap universiti," katanya.

Menurut Profesor Madya Dr. Kiwon Kang, yang merupakan Penasihat Akademik dan Penyelaras program ini, topik yang direka adalah untuk membantu peserta memahami isu dengan lebih mendalam, cabaran, kecekapan dan proses yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.

Program anjuran bersama UUM dan MSU ini dikendalikan oleh Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) dan mensasarkan kakitangan profesional pengurusan, pentadbir di institusi pendidikan tinggi dan sektor awam.

Ia bertujuan meningkat kemampuan pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah peserta dalam konteks global serta membantu peserta kembali bekerja dengan kemahiran kepimpinan menyeluruh yang akan memperkasa mereka untuk mempengaruhi perubahan di organisasi dan seterusnya berjaya di peringkat tertinggi.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia