JHEP Perlu Main Peranan Proaktif Dalam Menyediakan Perkhidmatan Terbaik Kepada Pelajar

UUM ONLINE: 25 Ogos - Naib Canselor, Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak telah mengadakan perjumpaan bersama pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dan Pengetua Dewan Penginapan Pelajar (DPP), semalam.

Pada perjumpaan itu, beliau meminta supaya JHEP dapat fokus untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar termasuk aspek pembangunan secara holistik dan juga alumni.

Katanya, alumni perlu memainkan peranan yang proaktif supaya dapat memberi kesan lebih signifikan kepada universiti, selain dapat membina hubungan baik dengan universiti supaya sumbangan yang lebih besar dapat diberikan.

"Saya juga mahu JHEP lebih berinovasi dan kreatif serta perlu dikomersialkan supaya dapat menjana pendapatan sendiri melalui Pusat Penginapan Pelajar (SAC), DPP, Pusat Budaya, Pusat Sukan dan persatuan-persatuan pelajar.

“Unit dokumentasi yang sedia ada perlu ditambahbaik dan diperkemaskan lagi bagi memastikan khazanah universiti terpelihara. Sebagai sebuah jabatan yang besar, JHEP perlu menjadi role model terbaik kepada jabatan-jabatan lain.

“Selain itu, JHEP juga perlu memainkan peranan dalam memastikan nilai-nilai keusahawanan dapat diterap dalam diri pelajar melalui projek-projek yang dijalankan agar tidak bergantung sepenuhnya dengan dana universiti semata-mata.

“Dengan perkembangan pesat dunia teknologi kini dan pelajar banyak menerima pendedahan dalam pelbagai isu menerusi sosial media, justeru, peranan JHEP dan pengetua-pengetua perlu ada supaya sebarang aktiviti yang dijalankan dalam kampus dapat diwar-warkan menerusi laman sosial sedia ada dan menjadi 'viral',” katanya.

Tambah beliau, sebarang aktiviti yang dijalankan dengan melibatkan pelajar di universiti ini juga perlu dihubungkan dengan pihak industri menerusi Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).

Pada masa sama juga, budaya negatif perlu dipantau dari menular dalam kalangan warga kampus khususnya yang melibatkan pelajar supaya mereka tidak terpengaruh bagi mengelak menjejaskan nama universiti.

Ujarnya lagi, bukan sahaja hubungan dengan pelajar menjadi fokus, malah budaya tegur-menegur dalam kalangan staf juga perlu ada supaya kualiti dalam perkhidmatan dapat ditingkatkan lagi.

"Sempena Tahun Melawat Kedah 2016 akan datang, saya harap JHEP dapat merancang aktiviti atau program bagi menarik kedatangan pelancong sama ada tempatan atau luar negara untuk datang ke Kedah dan pada masa sama singgah ke UUM selaras dengan konsep Edutourism," katanya.

Hadir sama Pengarah JHEP, Dr. Mohd Dino Khairri Shariffuddin; Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah; Pengarah CUIC, Prof. Madya Dr. Hartini Ahmad dan Pengarah Pusat Hal Ehwal & Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Hijattulah Abdul Jabbar.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia