IPQ Terima SIJIL 5S/QE MPC

UUM ONLINE: Langkawi, 6 Oktober - Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Universiti Utara Malaysia (UUM) terus mengorak langkah dalam memartabat dirinya menjadi jabatan berprestasi tinggi apabila menerima sijil 5S/QE peringkat kebangsaan dari Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Sijil tersebut telah diserahkan oleh Pengarah MPC Wilayah Utara iaitu Dr. M. Sugumaran kepada Naib Canselor, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak pada majlis perasmian Seminar Inovasi, Kualiti, Integriti, Kreativiti & Strategi Lautan Biru Sektor Awam & Swasta 2015 anjuran IPQ UUM di Hotel Adya, petang tadi.

Naib Canselor yang menyempurnakan perasmian seminar tersebut berkata kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada sikap pekerja di organisasi berkenaan, justeru adalah penting bagi setiap organisasi untuk mempunyai pekerja yang mempunyai sikap dan budaya kerja yang betul.

Beliau menambah sesebuah organisasi itu memerlukan pekerja yang berkualiti untuk memacu kecemerlangan sesebuah organisasi.

"90% daripada kualiti itu datangnya dari sikap individu itu sendiri, manakala 10% lagi adalah ilmu pengetahuan. Organisasi akan menghadapi masalah jika mempunyai pekerja dengan sikap yang tidak betul," ujarnya.

Tambahnya lagi usaha untuk memajukan sesebuah organisasi itu tidak akan berjaya meskipun ia mempunyai pelan strategik terbaik jika ia mengambil pekerja yang salah.

"Sikap individu adalah sukar untuk diubah sementara kemahiran boleh diasah dan dilatih sebagaimana ungkapan "Hire for Attitude, Train for Skill,” oleh itu adalah penting untuk setiap organisasi itu mengambil pekerja yang mempunyai sikap dan budaya kerja yang betul bagi memastikan organisasi tersebut mencapai kecemerlangan," jelasnya.

Seminar kali kedua yang berlangsung mulai 6 hingga 8 Oktober ini berpaksikan kepada usaha untuk membudayakan kecemerlangan sebagai asas utama sesebuah organisasi.

Ia menjadi platform untuk membahaskan perkara berkaitan inovasi, kualiti, integriti, kreativiti dan strategi lautan biru dalam kalangan penjawat awam dan swasta selaras dengan usaha untuk mengenal pasti kaedah terbaik dalam sistem penyampaian untuk kedua-dua sektor.

Seminar ini menarik penyertaan seramai 104 peserta dari sektor awam dan swasta dengan matlamat mengenal pasti formula baharu dalam budaya kerja dalam pengurusan organisasi bertujuan melahirkan modal insan kelas pertama yang memenuhi keperluan negara.

Selain itu, seminar ini juga bermatlamat menjelaskan konsep penting dalam pengurusan bagi peningkatan prestasi kerja; mengupas isu dan cabaran berkaitan budaya kerja dan cara mengatasinya; mengetengahkan formula baru amalan terbaik dalam pengurusan serta menyediakan ruang kepada penjawat awam dan swasta berkongsi maklumat dan pengalaman.

Seminar ini menampilkan tokoh-tokoh terkenal yang berkongsi ilmu dan pengalaman, antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA),Tan Sri Khalid Ramli; Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan; Pengarah Urusan Innovation Business Excellence, Tuan Haji Ab. Razak Omar; Pengarah Kanan Institut Integriti Malaysia (IIM), Tuan Mohammad Diah Haji Wahari; dan Pengarah IPQ-UUM, Prof. Madya Dr. Haim Hilman Abdullah.

Majlis perasmian turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid Ramli; Pengarah Urusan Innovation Business Excellence, Tuan Haji Ab. Razak Omar dan Mantan Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Haji Nik Hassan.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia