Pesta Konvokesyen Meriahkan Majlis Konvokesyen Ke-28

UUM ONLINE: 22 Oktober - Bagi memeriahkan lagi Majlis Konvokesyen ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Oktober ini, UUM meneruskan tradisi tahunan sempena majlis berkenaan dengan menganjurkan Pesta Konvokesyen bermula semalam.

Bertemakan ‘Graduan Holistik Teras Kecemerlangan,' Pesta Konvokesyen ini akan berlangsung selama lapan hari mulai 21 hingga 28 Oktober.

Perasmian Pesta Konvokesyen ke-28 UUM telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Man di Dewan Mu'Adzam Shah, malam tadi.

Beliau semasa berucap merasmikan majlis berkenaan berpesan kepada para pelajar agar menerapkan sikap positif dalam diri kerana sahsiah dan akademik yang cemerlang sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam kehidupan.

"Saya yakin bahawa pensyarah sahaja tidak mungkin boleh menerapkan sikap positif dalam kehidupan sebalinya diri sendiri yang perlu mengambil inisiatif untuk mengubahnya.

"Sikap yang betul ini adalah penting terutama apabila berhadapan dengan realiti kehidupan yang sebenar apabila anda tamat belajar nanti, selain sahsiah diri dan kecemerlangan akademik," ujar beliau.

Pesta Konvokesyen ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti berbentuk akademik, keusahawanan, kebudayaan & kesenian, sukan & rekreasi, kerohanian serta pameran sepanjang program berlangsung

Antaranya adalah ekspo dan pameran yang melibatkan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS); pameran kereta lama dan PC Fair; aktiviti sukan dan riadah seperti jelajah lapan daerah di Kedah bersama Kelab 4x4 UUM dan pertandingan bola sepak serta futsal membabitkan selebriti tanah air dan pasukan pilihan UUM; persembahan kebudayaan serta hiburan bersama artis terkenal; ceramah agama dan program berbentuk kerohanian; serta gerai jualan barangan dan makanan.

Menurut Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Pesta Konvokesyen ini dianjurkan untuk memeriahkan suasana Majlis Konvokesyen dan meraikan para graduan dan keluarga mereka yang datang dari dalam dan luar negara.

"Selain itu, Pesta Konvokesyen ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar menguruskan acara, organisasi dan mengatur rancang projek yang besar seperti pameran dan persembahan. Kesempatan ini adalah penting sebagai proses pembelajaran kepada para pelajar," jelasnya semasa menyampaikan ucapan aluan.

Majlis turut menyaksikan penyerahan 'mock cheque' bernilai RM 30,000 hasil sumbangan Persatuan Alumni bagi menjayakan Pesta Konvokesyen ke-28 ini. Cek disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar Hj. Mohd Harif yang mewakili Persatuan Alumni UUM kepada Naib Canselor.

Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh Persatuan Silat Seni Gayong Serantau Malaysia UUM dan penyanyi, Zamani Slam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai-pegawai UUM.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia