Uum Naib Johan Festival Zapin Johor MAKUM 2016

UUM ONLINE: Kumpulan zapin Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul naib johan pertandingan akhir Festival Zapin Johor MAKUM 2016 yang berlangsung di Dewan Mu'adzam Shah, UUM malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan kumpulan yang diwakili Kumpulan Tarian Bidasari Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM itu membawa pulang RM2,000 dan piala iringan.

Selain muncul sebagai naib johan, UUM turut memenangi Koreografi Terbaik dalam Festival yang berlangsung dari 21 hingga 24 April itu.

Seramai 350 peserta Zapin daripada 14 Universiti Awam (UA) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) mengambil bahagian dalam festival yang dianjurkan oleh PBS UUM, Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).

Setiap universiti diwakili 22 peserta dan pertandingan diadili oleh juri daripada Yayasan Warisan Johor.

Pertandingan akhir melibatkan lima pasukan iaitu UUM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pasukan UTM muncul sebagai johan pertandingan sekaligus membawa pulang RM3,000 berserta Piala Pusingan dan piala iringan, manakala tempat ketiga dimenangi UNIMAS dan  membawa pulang  RM1,000 berserta piala iringan.

Beberapa anugerah lain turut dipertandingkan iaitu Anugerah Khas Juri yang dimenangi oleh Universiti Malaya, Busana Terbaik (Universiti Sains Malaysia) dan Persembahan Terbaik (UTM).

Pertandingan akhir itu juga dimeriahkan dengan persembahan selingan Tarian Ayam Didik oleh Sekolah Kebangsaan Convent Alor Setar serta persembahan dari Yayasan Warisan Johor.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato' Hj. Ahmad Zaini Japar.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Abdul Malek Hj Abdul Karim mewakili Naib Canselor; Encik Abdul Mutalib b. Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah; Encik Rahmat Hj. Md Noh, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis; Syahrifah Noorfaiza S Rusli, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Seni Budaya mewakili Pengarah Yayasan Warisan Johor; Pengarah Pusat Budaya dan Seni (PBS) UUM, Huzaidy Hussain, pegawai-pegawai UUM dan MAKUM.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia