Perutusan Khas Naib Canselor Sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H

UUM ONLINE: Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kullu Am Wa Antum Bi-khair

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

Marilah kita sama-sama mengagungkan kebesaran Allah dengan melaungkan  takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran kerana dapat menyempurnakan pengabdian diri sehingga hari kemenangan. Ini bertepatan dengan Firman Allah Subhanahuwataala yang bermaksud:

Supaya kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNYA kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” (surah Al Baqarah, ayat 185)

Ramadan yang kita lalui bukan sahaja berkisar tentang menahan lapar dan dahaga  bahkan  bulan berkah ini sepatutnya menjadi institusi yang mendidik diri kita menjadi  insan yang taat, berintegriti, dedikasi, dan toleransi, yang merupakan  antara ciri-ciri graduan kelahiran Ramadan yang mencapai ijazah takwa.

Setelah sebulan kita berpuasa, meningkatkan amal ibadah, dan berusaha mengawal nafsu masing-masing, kita dikurniakan oleh Allah dengan Aidilfitri yang merupakan tanda kejayaan menyempurnakan titah perintah-NYA. Bersempena dengan kejayaan ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadan dengan kita terus istiqamah dengan panduan Al-Quran dan Sunnah, menguatkan persaudaraan dalam kalangan umat Islam, bermaaf-maafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung-mengunjung dengan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam. Elakkan berlakunya pembaziran dan segala perkara yang boleh merosakkan pahala yang telah kita kumpul selama sebulan. Di samping itu, janganlah kita lupa menyantuni fakir miskin dengan menunaikan zakat fitrah, agar golongan ini juga dapat sama- sama merasai kemeriahan Syawal yang mulia.

Pada kesempatan ini dengan penuh rasa tawaduk, bagi pihak diri saya dan seisi keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas apa jua kekhilafan yang telah kami lakukan sama ada yang zahir mahupun batin. Saya mengharapkan agar semua warga UUM sentiasa mengutamakan keselamatan di musim perayaan ini dan saya mendoakan agar kalian bergembira meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang. Semoga perjalanan hidup kita semua dalam berkah dan rahmat Allah Subhanahuwataala.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Taqabalullhu Minna Wa Minkum

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor UUM

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia