UUM COB Summer School Promosi UUM ke Peringkat Antarabangsa

UUM ONLINE: Bagi merancakkan lagi sambutan Discover UUM 2016, Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni COB (PPACOB) telah menganjurkan UUM COB Summer School bersama pelajar Hatyai University selama hampir sebulan mulai 25 Julai lalu.

Dekan PPACOB, Dr Hendrik Lamsali berkata, program itu melibatkan 72 pelajar dari Pusat Pengajian Perniagaan universiti tersebut bersama enam pensyarah yang mana mereka akan berkampung di kampus UUM dengan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh berkenaan.

Menurutnya, program selama 27 hari itu adalah sebagai menyahut seruan Naib Canselor dalam mempromosikan UUM dan pada masa sama meningkatkan pendapatan universiti.

"Tujuan program mobiliti berkredit ini selain membantu mempromosikan UUM dan Kedah selaras dengan tahun Discover UUM 2016, kita juga membantu meningkatkan penjanaan kekayaan kepada universiti dengan kehadiran pelajar-pelajar antarabangsa ini ke UUM.

"Selain itu, program ini akan meningkatkan usaha penambahan aktiviti mobiliti antarabangsa yang merupakan salah-satu komponen penting dalam QS World Ranking dan pada masa sama, akan membantu usaha penjenamaan dan pengantarabangsaan UUM dan COB khususnya," katanya.

Dr Hendrik berkata, antara pengisian program tersebut adalah kursus pembelajaran Bahasa Inggeris dan juga kursus-kursus pengurusan terpilih yang melibatkan tenaga-tenaga pengajar daripada setiap pusat pengajian di bawah UUM COB dan juga Pusat Bahasa.

Tambahnya lagi, peserta juga akan dibawa untuk menikmati keindahan kampus dan kawasan sekitar dengan pelbagai aktiviti luar bilik kuliah yang telah diatur.

Ujar beliau, bagi melancarkan lagi perjalanan program itu, seramai enam pelajar UUM COB dipilih menjadi sukarelawan untuk program ini sekali gus membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan penjenamaan diri.

"Selain itu, dengan berlangsungnya program UUM COB Summer School ini juga, usaha penjanaan pendapatan dapat dilakukan dengan jayanya. Selain membayar yuran penyertaan, penjanaan kewangan melibatkan pihak SAC, DPP, sewaan fasiliti pusat sukan dan pengusaha tempatan dapat ditingkatkan.

"PPACOB sangat bersyukur dengan pemilihan UUM untuk program ini berbanding universiti-universiti awam lain di Malaysia yang turut menawarkan program yang seumpama ini," katanya.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia