OYAGSB Tersenarai Salah Sebuah Sekolah Perniagaan Terbaik Dunia

UUM ONLINE: Othman Yeop Abdullah Graduates School of Business (OYAGSB) Universiti Utara Malaysia (UUM) disenaraikan sebagai salah sebuah sekolah perniagaan terbaik dunia dalam Eduniversal 2016 Business School Ranking.

Ranking itu menyenaraikan 1000 sekolah perniagaan terbaik dunia yang diundi oleh 1000 Dekan selepas melalui proses penilaian yang unik di mana setiap undian Dekan ditukar kepada peratusan (%) kadar sokongan yang boleh digunakan pelajar dan ahli akademik seluruh dunia untuk menilai dan membandingkan institusi akademik yang berbeza dipilih Eduniversal.

Keputusan Undian Dekan 2016 itu diumumkan secara rasmi pada The 9th Eduniversal World Convention di Curtin University - Bentley School di Perth, Australia baru-baru ini.

OYAGSB menerima "2 Palmes of Excellence - Good Business School With Strong Regional Influence" dengan mendapat 31% kadar sokongan Dekan.

Beribu pejabat di Paris, Perancis, Eduniversal adalah agensi ranking dan rating global yang mengkhususkan dalam pendidikan tinggi. Eduniversal mempunyai kepakaran dalam menilai institusi dan program-program akademik di Perancis sejak tahun 1994, dan di peringkat antarabangsa sejak 2007.

Penilaian Eduniversal Business School Ranking menggunakan kaedah yang unik di mana 1000 sekolah perniagaan di dalam Pemilihan Rasmi Eduniversal telah dipilih Jawatankuasa Saintifik Antarabangsa, yang terdiri daripada sembilan pakar akademik bebas dan diiktiraf di zon geografi masing-masing.

Objektifnya adalah untuk mewujudkan pemetaan global yang mempertimbangkan pengaruh antarabangsa dan reputasi setiap institusi dipilih.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia