MoA UUM-UMW Grantt Bukti Kepentingan Kolaborasi Universiti Dan Industri

MoA UUM-UMW Grantt Bukti Kepentingan Kolaborasi Universiti Dan Industri

UUM ONLINE: Dalam usaha memperkenalkan jenama GRANTT kepada warga Universiti Utara Malaysia (UUM), UMW Grantt International Sdn Bhd (UMW Grantt) dan UUM menerusi Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) telah mencapai kesepakatan dengan memeterai dua Memorandum Perjanjian (MoA) di EDC Hotels & Resorts, baru-baru ini.

MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Presiden, Bahagian Kejuruteraan dan Pembuatan UMW, Megat Shahrul Azmir Nordin.

Naib Canselor dalam ucapannya berkata, kerjasama antara UUM dengan UMW merupakan julung kali diadakan dengan termeterainya dua MoA iaitu melibatkan persetujuan UMW menjadi penaja salah satu Inapan Siswa (INASIS) selama 10 tahun dan kerjasama dengan SoIS bagi tempoh tiga tahun dalam bidang penyelidikan dan penajaan aktiviti pelajar.

"Dengan termeterainya usahasama ini, membuktikan kerjasama antara universiti dan industri sangat penting kerana kita tidak mahu universiti terasing dan berada dalam dunianya sendiri.

"Selain itu, kita juga akan mula menggalakkan semua warga UUM termasuk pelajar untuk menggunakan produk minyak pelincir GRANTT pada kenderaan mereka dan sekali gus ia melengkapkan kerjasama dengan UMW," katanya.

Tambah beliau lagi, skop kerjasama antara UUM dan UMW Grantt adalah luas dan besar meliputi pelbagai bidang untuk pembangunan pelajar, penyelidikan dan peluang kolaborasi lain dalam membantu aspek perniagaan mengikut keperluan kedua-dua pihak.

Sementara itu,  Presiden, Bahagian Kejuruteraan dan Pembuatan, Megat Shahrul Azmir Nordin berkata, perjanjian yang dimeterai itu adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan dan mesyuarat yang diadakan oleh kedua belah pihak sehingga mencapai persetujuan bersama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. 

Menurutnya, hasil MoA itu, UMW Grantt yang merupakan pembuat dan pengeluar produk minyak pelincir kenderaan berpiawaian antarabangsa itu akan memberi penajaan kepada UUM melalui SOIS untuk aktiviti pelajar, penjenamaan INASIS Grantt dan pelantikan Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) sebagai pengedar sah minyak pelincir Grantt bagi komuniti UUM dan penjenamaan bengkel kenderaan.

Ujarnya, sebagai sebuah syarikat swasta yang mencecah usia satu abad pada tahun ini, pihaknya berasa amat bertuah dan berbangga kerana diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan sebuah institusi pengajian tinggi tempatan seperti UUM.

"Usaha ini sememangnya amat bermakna bukan sahaja untuk kepentingan perniagaan kami, malah juga untuk pihak pengurusan UUM bersama-sama membangunkan semangat keusahawanan dan mempertingkatkan agenda inovasi demi kepentingan bersama. 

"UMW juga melihat usaha ini sebagai tanggung jawab korporat kami untuk melaksanakan kewajipan yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti UUM keseluruhannya, malah tawaran diskaun turut diberikan kepada mereka yang membeli produk UMW Grantt ini" katanya.

Kemudian, delegasi UMW Grantt dibawa melawat ke bengkel penyenggaraan kenderaan UUM, INASIS Grantt dan sekitar kampus.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim; Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan pegawai-pegawai kanan UUM dan UMW Grantt.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia