Perutusan Naib Canselor Sempena Hari Pekerja 2017

Perutusan Naib Canselor Sempena Hari Pekerja 2017

UUM ONLINE: Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei merupakan suatu pengiktirafan kepada semua golongan pekerja yang telah memberi sumbangan terhadap pembangunan negara, di samping menghargai sumbangan majikan ke arah mewujudkan masyarakat yang progresif, dinamik dan makmur.

Sesungguhnya pekerja merupakan aset utama yang menyumbang terhadap pembangunan negara yang mampan. Oleh itu, tema ‘Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi’ yang dipilih bagi tahun 2017 amat bertepatan sekali dengan trend semasa yang memerlukan kreativiti dan inovasi dalam semua peringkat organisasi agar mampu memberi impak yang maksimum khususnya dalam waktu kita melangkah masuk ke fasa  negara maju pada tahun 2020 dan juga sebagai persediaan jangka panjang untuk mencapai Transformasi Negara 2050.

Saya amat berharap agar kakitangan UUM menjadikan kreativiti dan inovasi sebagai budaya kerja agar kita kekal produktif dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Untuk terus memberi sumbangan kita harus berusaha sejajar dengan indeks inovasi dan kreativiti negara yang akan menjadi satu daripada teras untuk memartabatkan Malaysia sebagai antara 20 negara terbaik di dunia dalam jangka masa panjang.

Kita juga perlu mengambil inisiatif memaksimumkan bakat yang ada dan ini memerlukan kepimpinan inovatif dalam kalangan kakitangan UUM sendiri. Kita harus berfikir secara kreatif dan inovatif, mempunyai komitmen yang tinggi, berterusan dalam meningkatkan kualiti kerja yang bersesuaian dengan peranan yang digalas dan pada masa yang sama bijak dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan. Sebagai pemain utama dalam medan ilmu, kita juga harus memberi tumpuan yang serius terhadap penyelidikan yang merupakan pendekatan untuk memperkasakan kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain daripada tanggungjawab kita kepada diri dan juga kakitangan yang lain, kita juga harus merangsang keintelektualan pelajar dengan menyediakan wadah dan peluang untuk penciptaan pemikiran baru yang sentiasa dikaitkan dengan proses tingkah laku penjanaan idea yang bersesuaian di tempat kerja mereka kelak.

Saya berharap agar setiap usaha yang kita sumbangkan dapat memberi impak yang positif terhadap pembangunan insan secara holistik yang akan menjamin masa depan negara kita yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari Pekerja.

 

Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia