I-RIA 2017 Catat Penyertaan Tertinggi

I-RIA 2017 Catat Penyertaan Tertinggi

UUM ONLINE: Pameran Innovative Research, Invention and Application (I-RIA) 2017 mencatat penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya dengan berjaya menarik 195 peserta daripada Universiti, Politeknik serta sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Bertemakan Harnessing Technology for Humanity, program tahunan anjuran Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) dengan kerjasama Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM dan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni College of Arts and Sciences (PPA CAS) ini berlangsung dua hari bermula hari ini dan esok di Dewan Mu'adzam Shah.

Perasmian I-RIA 2017 telah disempurnakan oleh Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibudeen, Head of Malaysia Government Online Services merangkap Felo Adjung SoC.

Menurut beliau, usaha Malaysia ke arah menjadi negara maju dan lebih cemerlang amat bergantung kepada rakyat yang berpengetahuan tinggi, berdaya saing dan berinovatif

"Usaha melahirkan generasi yang inovatif dan berdaya cipta perlu ditanam dari peringkat kanak-kanak lagi dan ianya perlu dipupuk, digilap dan dibimbing ke peringkat lebih tinggi supaya idea dan inovasi yang dihasilkan itu dapat dijadikan satu transformasi yang menjadikan Malaysia sebuah negara maju," ujarnya

Tambahnya lagi usaha SoC menganjurkan I-RIA bermula dengan skop yang kecil sekitar 2009 melibatkan pertandingan beberapa pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Sarjana Muda Multimedia sebagai pentas mengetengahkan inovasi dan rekaan baru yang membawa kepada penyelesaian masalah dalam kehidupan wajar dipuji.

"Tahun demi tahun, skop pameran I-RIA berkembang dengan  lebih luas dan melibatkan penyertaan pelajar pascasiswazah dan projek penyelidikan pensyarah sendiri.

"Bermula 2015 penyertaan dibuka bukan sahaja kepada pusat pengajian di UUM malah melibatkan institusi pendidikan tinggi lain di Malaysia serta penyertaan daripada sekolah adalah satu pencapaian yang membanggakan khususnya kepada SoC dan UUM amnya.

"Justeru saya ingin mencadangkan agar projek-projek yang dipertandingkan di I-RIA ini dapat dibawa ke peringkat pengkomersilan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian I-RIA 2017 pagi tadi.

Sementara itu Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Madya Dr. Huda Haji Ibrahim berkata I-RIA 2017 membuka skop projek yang lebih luas tidak terhad kepada bidang berkaitan IT sahaja.

"Sebanyak 19 kategori dipertandingkan dalam I-RIA 2017 meliputi kategori seperti ICT, Komputer Sains, Matematik, Statistik, Teknologi Hijau, Robotik, Pemodelan dan Simulasi.

"I-RIA 2017 juga mendapat penyertaan yang tinggi daripada sekolah iaitu 17 buah sekolah berbanding lima penyertaan tahun lalu, termasuk dari Maktab Rendah Sains MARA dan sekolah menengah sains," katanya.

I-RIA 2017 turut diserikan dengan sesi ucaptama yang disampaikan Dr. Mohamed Sulaiman bertajuk "Unleashing the Power of Innovation: Malaysia's Experience and the Way Forward.”

Sementara ucap utama kedua dan ketiga akan disampaikan John Tay Jin Kiong, Pengarah Jabatan Gaya Hidup Digital dan Masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  dan Dato’ Raja Munir Shah Raja Mustapha, Pengarah Eksekutif MyEG Services Berhad.

Turut diadakan sesi perkongsian maklumat oleh Muhamad Yusrizal Dato’ Yusoff dan Tuan Hj. Abdul Rahman Samad dari Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM), SKMM.

Hadir sama pada majlis perasmian I-RIA 2017 ialah Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT), Dato' Shahrulnizam Yunus, Pengerusi I-RIA 2017, Dr. Amran Ahmad, para pensyarah dan pegawai-pegawai UUM.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah I-RIA 2017 akan disempurnakan Dato’ Raja Munir Shah Raja Mustapha petang esok.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

 footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia