16 Penggiat Seni Sertai Karnival IMT-GT Di Indonesia

16 Penggiat Seni Sertai Karnival IMT-GT Di Indonesia

UUM ONLINE: Seramai 16 penggiat seni yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyertai Karnival Varsiti Segi Tiga Pembangunan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) di Medan, Indonesia pada 5 hingga 10 Ogos ini.

Karnival yang berjaya menghimpunkan seni budaya, aktiviti sukan dan seminar pelajar dari ketiga-tiga negara ini mula diperkenalkan pada tahun 1995 ini merupakan inisiatif UUM dalam memastikan perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, akademik, pembangunan budaya dan lain-lain.


Ia memberi peluang kepada mahasiswa untuk lebih mengenali tradisi bangsa dan juga salah satu pengukuhan perpaduan dan intergrasi dalam kalangan mahasiswa.

Di samping itu ia juga salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak universiti dalam mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara negara.

Amirul pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pemutusan, semester kelima yang juga Pengerusi Kelab Tarian Bidasari berasa amat bersyukur dapat menyertai karnival kali ini kerana ia merupakan program yang berimpak tinggi di peringkat antarabangsa.

"Penglibatan dalam bidang budaya menjadikan diri saya lebih bermaklumat dengan segala cabang pengurusan acara kerana ilmu yang dimiliki ini akan dipraktikkan untuk dikembangkan di organisasi yang saya bakal berkhidmat kelak," ujarnya.

Antara universiti yang mengambil bahagian ialah Prince of Songkhla University (PSU), Thaksin Universiti (TU), Rajamangala University of Technology Srivijaya (RMUTSV), Walailak University (WU) dari Thailand; Universiti Sumatera Utara (USU), Universiti Negeri Medan (UNIMED) dan Institut Teknologi Medan (ITM) dari Indonesia sementara Malaysia diwakili UUM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia