UUM-IAIN Palangka Raya, Indonesia Tingkat Jalinan Kerjasama Antarabangsa

UUM-IAIN Palangka Raya, Indonesia Tingkat Jalinan Kerjasama Antarabangsa

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 2 Ogos - UUM telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Palangka Raya, Indonesia dalam usaha mengembangkan lagi kerjasama di peringkat antarabangsa.

Majlis pemeteraian itu menyaksikan UUM yang diwakili Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan IAIN Palangka Raya diwakili Dr Abdul Qodir, wakil Rektor Bidang Akademik dan Pengembangan Lembaga menandatangani MoU tersebut di UUMKL, pagi tadi.

Naib Canselor dalam ucapannya berkata, dengan kerjasama itu, UUM boleh berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan IAIN Palangka Raya dalam aspek pembangunan modal insan.

"UUM bersedia menawarkan kepakaran yang dimiliki untuk membantu IAIN mencapai kejayaan demi kejayaan, bagaimanapun ia memerlukan perancangan rapi.

"Tambahan pula, IAIN Palangka Raya mempunyai prospek masa hadapan yang cerah dan kini sedang melalui fasa kemajuan yang pesat dan saya yakin ia boleh pergi lebih jauh," katanya.

Menurut beliau lagi, untuk berjaya juga tidak boleh bersendirian, sebaliknya perlu mengadakan banyak kolaborasi sama ada bersama universiti lain atau industri kerana universiti terkemuka dunia sekalipun turut menjalinkan kerjasama dengan pihak luar untuk berjaya, selain memiliki modal insan yang kukuh.

Naib Canselor turut berharap kerjasama antara UUM dan IAIN Palangka Raya tidak tertumpu pada bidang undang-undang, sebaliknya diluaskan lagi kepada program seperti Pengurusan Perniagaan dan Perniagaan Islam yang ditawarkan UUM.

Sementara itu, Dr Abdul Qodir berkata, dengan adanya MoU itu akan membantu IAIN Palangka Raya untuk terus memperoleh kejayaan seperti yang telah dikecapi UUM.

Menurutnya, IAIN Palangka Raya dahulu merupakan sekolah tinggi sahaja sebelum menjadi institut pada 2014 dan berharap dapat menjadi sebuah universiti kelak.

Hadir sama Dekan Pusat Pengajian Undang-undang, Prof Madya Dr Zainal Amin Ayub dan pegawai-pegawai kanan UUM dan IAIN Palangka Raya.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia