Kerjasama TISSA-UUM Dan E-Stream Software Tingkat Profesionalisme Bidang Perakaunan

Kerjasama TISSA-UUM Dan E-Stream Software Tingkat Profesionalisme Bidang Perakaunan

 UUM ONLINE: 3 Ogos - Bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini terutama dalam penggunaan sistem yang terkehadapan dalam bidang perakaunan, Pusat Pengajian Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan E-Stream Software Sdn Bhd, sebuah syarikat perisian yang mempunyai kepakaran dalam bidang perakaunan.

MoU itu ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Hassan Ali, mewakili Naib Canselor dan Pengarah Urusan E-Stream Software Sdn Bhd, Desmond Law Hoe Yen disaksikan oleh Dekan TISSA-UUM, Prof Dr Ayoib Che Ahmad dan Pengurus Pemasaran E-Stream Software Sdn Bhd, Christopher Liew Heng Hoong di Balai Tamu, Canselori semalam.

Pelbagai bidang kerjasama akan dijalankan menerusi pemeteraian MoU itu antaranya projek penyelidikan, perkongsian kepakaran, pertukaran idea dan fasiliti termasuk lawatan dan penempatan industri, pembangunan kurikulum serta penyertaan dalam persidangan dan bengkel yang relevan.

Prof Dr Hassan Ali dalam ucapannya berkata kerjasama yang dijalinkan itu akan memberi nilai tambah dari segi kemahiran dan pengetahuan teknologi yang dilihat dapat meningkatkan profesionalisme dan kebolehpasaran graduan dan peserta terlibat.

"Dalam konteks kerjasama yang dijalankan antara UUM dan E-Stream Software ini, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi perakaunan menerusi perisian komersial yang diperkenalkan.

"Pihak E-Stream Software juga akan menerima impak dari segi pemasaran perisian kerana kemahiran para graduan yang mengikuti program pensijilan SQL boleh menarik bakal majikan untuk memperkenalkan perisian tersebut di organisasi masing-masing," ujarnya.

Menurutnya lagi kerjasama strategik itu juga diharap dapat diperluaskan meliputi aspek pengukuhan dan penambahbaikan kandungan kurikulum akademik agar relevan dengan keperluan semasa, pembaharuan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran, penempatan industri untuk pelajar dan pensyarah, kerjasama penyelidikan dan khidmat nasihat, perkongsian sumber dan pertukaran idea secara berterusan di antara universiti dan industri.

Sementara itu Pengarah Urusan E-Stream Software Sdn Bhd, Desmond Law Hoe Yen berkata kerjasama yang dijalinkan itu akan membolehkan para pelajar menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dikemaskini mengenai perakaunan, operasi perisian perakaunan dan pengiraan gaji yang merupakan antara pengetahuan yang paling dikehendaki majikan serta pemahaman yang kukuh terhadap peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Malaysia.

"Kami di E-Stream Software sangat teruja untuk memulakan perkongsian ini dengan UUM untuk membangunkan kemahiran yang relevan kepada para pelajar bagi menyokong ekonomi Malaysia yang semakin berkembang," jelasnya.

Hadir sama pegawai-pegawai UUM dan wakil E-Stream Software Sdn Bhd.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia