UUM Jalin Kerjasama Dengan University Of Sarajevo (UNSA), Bosnia-Herzegovina

UUM Jalin Kerjasama Dengan University Of Sarajevo (UNSA), Bosnia-Herzegovina

 UUM ONLINE: Bosnia-Herzegovina - Dalam usaha memperkasakan agenda pengantarabangsaan dan penarafan, UUM telah menjalinkan kerjasama dengan University of Sarajevo (UNSA) dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua universiti tersebut.

Majlis menandatangani MoU itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Rektor UNSA, Prof Dr. Rifat Skrijelj pada 17 May lalu.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duta Malaysia ke Bosnia-Herzegovina, Tuan Yang Terutama Datuk Anuar Kasman, Penolong Naib Canselor UUM-COB, Prof Dr Yusnidah Ibrahim yang juga merupakan Dekan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Prof Dr Kemal Kozaric, Dekan School of Economics and Business (SEBS).

UNSA merupakan sebuah universiti yang terbesar dan tertua di Bosnia Herzegovina serta telah memperolehi AACSB (Association to Advance Collegiate School of Business) pada tahun 2015, menjadikan ia setara dengan UUM dari segi pendidikan dalam bidang perniagaan. Kerjasama ini akan dapat memperkukuh dan mengekalkan akreditasi UUM dan UNSA.

Antara aktiviti yang bakal diadakan yang memberi manfaat kepada pelajar dan staf akademik khususnya dan universiti amnya adalah program pengajian dan latihan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah, usahasama dalam projek penyelidikan, program mobiliti, praktikum, pertukaran pensyarah dan lain-lain projek khas yang dipersetujui bersama.

Salah satu pengisian kerjasama ini adalah penganjuran bersama The 5th International Conference on Banking and Finance pada 17 – 19 May 2017 di Sarajevo.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia