Lawatan Industri Perluas Kerjasama UUM Dan UMW Grantt

Lawatan Industri Perluas Kerjasama UUM Dan UMW Grantt

UUM ONLINE: Selangor, 8 Ogos - Bagi meluaskan dan mengukuhkan lagi skop kerjasama di antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UMW Grantt International Sdn Bhd, delegasi UUM yang terdiri daripada 30 staf akademik dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) telah mengadakan lawatan industri ke syarikat berkenaan yang terletak di Shah Alam, semalam.

Lawatan industri yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Siti Sa'diah Sheikh Bakir itu turut disertai Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof Dr Bashawir Hj Abdul Ghani dan Ketua Pustakawan, Sallehudin Mustaffa adalah susulan daripada Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani di UUM pada April lalu.

Tan Sri Siti Sa'diah berkata lawatan balas itu merupakan kesinambungan kerjasama strategik yang telah terjalin di antara UUM dengan UMW GRANTT bertujuan membuka lebih banyak peluang kerjasama terutama dari segi penglibatan pelajar dan staf UUM begitu juga pihak UMW GRANTT.

"Kerjasama antara UUM dengan UMW GRANTT ini diharap akan membuka minda masyarakat bahawa dunia akademik dan industri perlu berganding bahu dalam menyediakan dan memperkasakan gedung ilmu agar anak bangsa dapat membina kemahiran berasaskan tempat kerja, dan mewujudkan jaringan dan hubungan dengan pihak industri secara realistik pada peringkat prakerjaya," ujarnya.

Selain mengadakan sesi perbincangan bersama pihak UMW bagi meluaskan lagi bidang kerjasama, delegasi UUM turut dibawa melawat ke galeri UMW yang mempamerkan warisan korporat, sejarah, kemajuan dan pertumbuhan Kumpulan UMW dari awalnya sejak tahun 1917 sehingga kini.

Delegasi UUM juga turut dibawa melawat ke kilang Lubetech Sdn. Bhd, anak syarikat UMW Auto Parts Sdn. Bhd. yang mengeluar, membungkus dan mengedar produk pelincir Pennzoil kepada pasaran kereta penumpang dan sektor kerajaan.

Mengiringi delegasi UUM sepanjang lawatan tersebut adalah Presiden Bahagian Pengilangan dan Kejuruteraan, UMW Corporation Sdn Bhd, Megat Shahrul Azmir serta kakitangan UMW Grantt.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia