Naib Canselor Hadir Majlis Bacaan Yasin Sempena Pembukaan Manager's Coffee

Naib Canselor Hadir Majlis Bacaan Yasin Sempena Pembukaan Manager's Coffee

UUM ONLINE: Langkawi, 11 Ogos - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena pembukaan Restoran Manager's Coffee Langkawi di Jeti Kuah, semalam.

Majlis bacaan Yasin itu telah diketuai 40 pelajar Maahad Tahfiz Darul Amar, Langkawi.

Naib Canselor berkata, Manager's Coffee Langkawi akan mula beroperasi esok (hari ini) pada hari yang berkat iaitu Jumaat.

"Semoga perniagaan yang dijalankan ini diberkati Allah dalam usaha universiti menjana pendapatan, seterusnya secara tidak langsung hasil rezeki perniagaan ini dapat membantu golongan memerlukan menerusi pembayaran zakat.

"Selain itu, dengan adanya perniagaan ini juga dapat membantu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Langkawi," katanya.

Restoran tersebut merupakan yang kedua selepas pelancaran Manager's Coffee pertama dalam kampus UUM yang beroperasi pada tahun lalu.

Perasmian Manager's Coffee Langkawi dijangka disempurnakan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Seri Hamzah Zainudin pada 26 Ogos nanti.

Manager’s Coffee merupakan jenama baharu keluaran UUM yang mana jenama unik ini memilih kualiti kopi tersendiri untuk diketengahkan di dalam pasaran.

Selain menyediakan kopi berkualiti, restoran itu turut melengkapkan lagi kemudahan tempat makan sedia ada yang bukan sahaja untuk warga UUM tetapi pengunjung yang datang ke pulau lagenda itu, seterusnya memperkenalkan jenama UUM sebagai peneraju perniagaan kopi di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia