Naib Canselor Hadiri Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES

Naib Canselor Hadiri Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES

UUM ONLINE: Selangor, 13 Ogos - Naib Canselor UUM, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah menghadiri Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-36 yang berlangsung di Padang Kawad Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berangkat ke majlis istidat tersebut dan mentauliahkan seramai 1,832 pegawai kadet PALAPES daripada 18 universiti awam ke dalam Kor Askar Wataniah Tentera Darat, Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Seramai 160 pegawai kadet PALAPES UUM turut ditauliahkan yang melibatkan 88 pegawai kadet PALAPES Darat, PALAPES Udara (44) dan PALAPES Laut (28).

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohd Johari Baharom dan Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dr Hassan Said.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia