Kembara Minda Merdeka Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Kembara Minda Merdeka Semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan 2017

UUM ONLINE: 24 Ogos - Bertemakan 'Negaraku Sehati Sejiwa' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Jabatan Canselori dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok (SMKBBS) telah mengadakan program Larian Merdeka dan Kembara Minda Merdeka 2017 Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Universiti, semalam.

Seramai 250 pelajar terdiri pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat yang diketuai Pengetuanya, Mohd Amin Abdul Hamid telah memulakan Larian Merdeka sejauh 3 kilometer bermula di SMKBBS dan berakhir di Anjung Tamu dengan disambut Pengarah Canselori, Ahmad Rasidi Abdullah.

Yang Berusaha Mohd Amin berkata, program tersebut merupakan satu pengalaman baharu bagi pihak sekolah terutamanya pelajar yang bukan sahaja dapat mengimbau dan mengenali sejarah negara, malah mereka berpeluang menjejakkan kaki ke universiti ini.

"Sempena sambutan Hari Kebangsaan, pihak sekolah berterima kasih kepada UUM kerana sudi menjalinkan kerjasama bagi menganjurkan program ini.

"Program ini diadakan bagi menanam semangat patriotik dalam diri pelajar supaya mereka dapat menghargai perjuangan dan pengorbanan pemimpin dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah," katanya.

Tambahnya lagi, program itu juga membantu pelajar untuk mengenali pemimpin negara, sekali gus memberi mereka kesedaran tentang pentingnya memiliki semangat cintakan negara.

Selain Larian Merdeka, program Kembara Minda Merdeka mengembalikan memori pelajar tentang sejarah negara yang mana seramai 60 pelajar terpilih telah dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk mencari jawapan kepada soalan yang diberikan di setiap 'check point' dan menyediakan Jalur Gemilang mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

Pelajar Tingkatan Empat, Nur Atiqah Yusri berkata, program Kembara Minda Merdeka itu mengajar dia untuk menepati masa dan kepentingan bekerjasama dalam pasukan.

Pada masa sama, dia juga dapat menghayati semangat pemimpin terdahulu yang telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara sehingga Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kembara Minda Merdeka turut menawarkan hadiah kepada pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat yang mana masing-masing menerima hamper bernilai RM100, RM70, RM50 dan RM30 berserta sijil.

Penyampaian hadiah disempurnakan YDP PIBG, Prof Madya Dr Rusdi Omar yang juga Dekan PPA COLGIS.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia