Semangat Patriotik Bukan Sahaja Pertahan Negara, Malah Universiti

Semangat Patriotik Bukan Sahaja Pertahan Negara, Malah Universiti

UUM ONLINE: 24 Ogos - Warga Universiti Utara Malaysia (UUM) diingatkan untuk terus memiliki semangat patriotik yang bukan sahaja demi mempertahankan tanah air, malah universiti juga.

Menurut Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, negara ini terlalu indah dan penting serta mempunyai satu sentuhan penting kepada rakyat yang mana Malaysia merupakan tempat seluruh rakyat membina kehidupan.

Sehubungan itu, katanya, rakyat negara ini perlu memastikan negara terus merdeka dan berdaulat untuk generasi akan datang, malah rakyat kini juga tidak boleh mengambil manfaat yang diperoleh sekarang hasil perjuangan pemimpin dahulu untuk diri sendiri sahaja.

"Bagaimanapun, dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara, warga UUM khususnya tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka kepada universiti yang telah banyak memberikan kehidupan kepada semua staf.

"Kita mempunyai tanggungjawab besar untuk pastikan perjuangan 'membersihkan' Sintok dari penjajahan komunis dahulu adalah tidak sia-sia kerana UUM bukan sahaja tempat untuk bekerja tetapi lubuk mencari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga..UUM bukan tempat biasa, universiti ini memberi kehidupan kepada semua staf," katanya pada Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-60 di Dewan Mu'adzam Shah, pagi tadi.

Tambah beliau, dalam menjalankan tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan negara, warga UUM juga perlu bersama-sama memastikan universiti ini bermaruah dan dihormati supaya UUM menjadi universiti 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah' dengan universiti terkemuka dunia lain.

Naib Canselor berkata, warga UUM harus mempunyai perancangan rapi untuk membangunkan martabat dan maruah universiti ke persada yang boleh dibanggakan dan dihormati, justeru universiti mewujudkan Pelan Strategik UUM sehingga 2020 bagi mencapai sasaran menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Ujarnya, walaupun universiti berada di bawah kategori negara yang sedang membangun, namun kedudukan UUM adalah sangat membanggakan sehingga orang lain tidak lagi memandang rendah pada UUM, cuma universiti perlu mengekalkan prestasi untuk melangkah lebih jauh lagi pada masa hadapan.

Dalam ucapan beliau juga turut menerangkan tentang pencapaian OYAGSB dalam usaha ke arah menjadi Top Business School dan juga OYAGSB yang dijangka beroperasi di Kuala Lumpur menjelang tahun hadapan, selain perancangan untuk komersilkan aset UUM bagi tujuan penjanaan pendapatan.

"Bagi merealisasikan semua perancangan ini, semua warga UUM perlu ada perasaan sayang kepada universiti, bukan hanya kepada negara, jika tidak kita tidak akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan bersama-sama membangunkan universiti ini.

"Saya berharap semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dapat membangunkan 'mind set' dalam melalui transformasi yang akan mengubah landskap atau senario universiti secara total," katanya.

Pada majlis tersebut, Naib Canselor turut menyampaikan medal dan sijil penghargaan Kepada Kontinjen SUKUM dan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang mengharumkan nama universiti, baru-baru ini serta melancarkan kenderaan Orang Kelainan Upaya (OKU) universiti.

 

  

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia