Naib Canselor Serah Surat Tawaran B40

Naib Canselor Serah Surat Tawaran B40

UUM ONLINE: 24 Ogos - Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyampaikan surat tawaran kemasukan kepada pelajar B40 sejurus selesai Perhimpunan Bulanan Dan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-60 di Dewan Mu’adzam Shah, pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Akademik, Shahidan Shafie berkata, pelajar bertuah itu antaranya Siti Rohaishah Khassim (Pelajar Sarjana Muda Kaunseling) Nor Shazwani Jamaludin (Pelajar Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam) dan Nurul Atikah Abd Samad (pelajar Sarjana Muda Pengurusan Awam).

Jelasnya, daripada 652 permohonan seramai 190 calon yang layak menyambung Ke peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah memenuhi syarat am universiti, syarat khas program dan kriteria yang ditetapkan iaitu pendapatan keluarga di bawah RM1,500.

Katanya, pelaksanaan mekanisme mod kemasukan baharu bagi isi rumah 40% terendah telah memasuki batch keempat yang memberi impak positif apabila pelajar sebelum ini menunjukkan prestasi memberangsangkan setiap semester.

“Kadang-kadang pelajar tercicir ini mempunyai peluang cerah untuk berjaya jika diberi ruang sebaiknya untuk menunjukkan potensi sebenar dan kita harap program yang membantu golongan yang memerlukan ini akan berterusan.

“Universiti berbeza dengan persekolahan, justeru pelajar perlu mempunyai jati diri, disiplin, fokus serta patuh kepada peraturan yang ditetapkan kerana pelajar merupakan amanah ibu bapa kepada universiti untuk dibimbing menjadi modal insan yang berguna,” ujarnya.

Sementara itu, Pelajar Sarjana Muda Kaunseling, Siti Rohaishah Khassim, 20 melahirkan rasa bersyukur menjadi pelajar UUM dan bertekad memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya untuk belajar di kampus hijau yang menghidangkan suasana pembelajaran yang kondusif.

Beliau yang ditemani nenek, Zainab Ali berkata, semuanya bermula setelah menyertai program Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyampaikan maklumat tentang pendidikan termasuk B40 lalu terus memohon.

“Jutaan terima kasih kepada Naib Canselor serta UUM kerana membuka jalan kepada kami, insya-Allah kami akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan cemerlang di samping mengubah nasib keluarga,” luahnya.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia