Manager's Coffee Dibuka Di Langkawi

Manager's Coffee Dibuka Di Langkawi

UUM ONLINE: Langkawi - Manager’s Coffee yang mula beroperasi sejak setahun lalu di Universiti Utara Malaysia (UUM) kini mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan pertama yang terletak di Jeti Kuah.

Perasmian Manager’s Coffee Langkawi telah disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kepenggunaan & Pengurusan), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Razali Othman yang mewakili Menteri PDNKK, pada 26 Ogos lalu.

Dato' Razali dalam ucapannya berkata, langkah UUM membuka Manager's Coffee wajar dipuji kerana bukan sahaja membantu menjana pendapatan universiti, malah membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya pelajar dan usahawan baru yang mencari pekerjaan melalui sistem francais ini.

Bagaimanapun, menurutnya, membuka perniagaan memerlukan kesabaran tinggi yang menjadi teras utama kepada industri Food & Beverage (F&B).

"Saya berharap usaha ini memberi impak baik kepada semua dan pembangunan francais akan memajukan UUM dalam menjana pendapatan.

"Selain itu, saya juga berharap Manager's Coffee dapat memaparkan harga terakhir yang perlu dibayar pelanggan apabila membeli produk di restoran ini mengikut cadangan pindaan Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan 2011 yang mencadangkan tiada harga tersembunyi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Siti Sa’diah Sheikh Bakir berkata, ramai yang tidak menduga bahawa UUM akan membuka restoran berjenama di Lembah Sintok termasuk di Pulau Langkawi.

Ujar beliau, Manager’s Coffee akan memainkan peranan sebagai tapak latihan kepada pelajar UUM dalam bidang berkaitan di samping menjana pendapatan agar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kerajaan.

"Saya berharap agar Manager’s Coffee menjadi sebutan dalam kalangan pengunjung dengan mendapat sambutan yang baik," katanya.

Manager’s Coffee Langkawi merupakan outlet luar pertama Manager’s Coffee dalam usaha meluaskan bidang perniagaan dan pengenalan jenama kelahiran UUM ini.

Lokasi Manager’s Coffee Langkawi yang terletak di pusat tumpuan iaitu Jeti Kuah dijangka akan menjadi outlet tumpuan dan ikon kepada lokasi tersebut, malah pengurusan Manager’s Coffee akan mengatur strategi pemasaran yang lebih agresif berikutan persaingan yang sengit daripada jenama lain.

Hadir sama Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMHSB dan pegawai-pegawai UMHSB serta UUM.

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia