UCUC Luaskan Jaringan Sosial Mahasiswa

UCUC Luaskan Jaringan Sosial Mahasiswa

UUM ONLINE: Seramai 52 mahasiswa daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Chiang Mai University, Thailand dan Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai UUM-CMU-USM International Student Conference (1st UCUC) anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business pada 13 hingga 19 Ogos lalu.

Program mobiliti inbound tidak berkredit ini bertujuan memberi pendedahan dan peluang interaksi sesama peserta dari dalam dan luar negara mengenai konsep kesedaran, penghargaan, pemahaman dan tanggungjawab bersama selain bagi memperkenalkan UUM kepada masyarakat global.

Di samping itu program ini juga bertujuan mewujudkan jaringan sosial yang lebih luas dan menyediakan platform kepada pelajar untuk bertukar idea serta berkongsi maklumat berkaitan cara pembelajaran di samping mempelajari tatacara budaya masing-masing.

Dekan PPA COB, Dr Hendrik Lamsali ketika berucap mengalu-alukan para peserta berkenaan berkata tema persidangan iaitu "Global Citizenship" tepat pada masanya dan menjadi tugas dan peranan mahasiswa untuk mendukung tema itu.

"Seminar ini menjadi platform untuk mahasiswa mempamerkan konsep kewarganegaraan global (Global Citizenship) masing-masing menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ia juga mengingatkan masyarakat global untuk berusaha menyedari, menghargai, memahami, lebih bertanggungjawab ke atas warganegara yang lain dan menjadi warganegara yang baik menerusi pembelajaran budaya yang pelbagai," ujarnya.

Tambahnya lagi kolaborasi antara UUM-CMU-USM adalah permulaan kepada lebih banyak seminar mahasiswa dan berharap lebih banyak universiti menyertai UCUC pada masa akan datang.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang UCUC adalah pembentangan lisan dan poster, meneroka kampus, aktiviti berkanu, berbasikal, golf dan go-kart.

Peserta turut dibawa melawat sekitar Bandaraya Alor Setar, kilang pemprosesan produk kesihatan berasaskan Ganodema iaitu DXN Marketing SDN.BHD, lawatan sekitar Pulau Pinang, melawat kampus USM dan Bandaraya Georgetown.

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia