UUM Dapat 4 Bintang Penarafan QS

UUM Dapat 4 Bintang Penarafan QS

UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya memperoleh penarafan keseluruhan Empat Bintang dalam audit Quacquarelli Symonds (QS) Star Rating dari QS Intelligence Unit, London, United Kingdom.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata menerusi keputusan terbaru yang dikeluarkan semalam, UUM memperoleh lima bintang dalam empat kategori utama iaitu pengajaran, pengantarabangsaan, fasiliti dan kebolehpasaran.

Tambah beliau, sistem Bintang QS menilai universiti dari pelbagai petunjuk prestasi penting berdasarkan kaedah penarafan (rating).

Menurut beliau lagi, bintang dianugerahkan kepada intitusi mengikut pelbagai kriteria dan boleh memasukkan universiti yang secara tradisinya tidak berada dalam ranking.

Dengan mengambil kira kriteria yang lebih luas berbanding ranking dunia lain, Bintang QS memberi penekanan kepada kecemerlangan dan kepelbagaian institusi yang dinilai.

Naib Canselor turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UUM yang menjayakan usaha ini dan berharap agar usaha berterusan terus dibuat bagi meningkatkan pencapaian UUM ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.

Usaha UUM untuk mendapatkan penarafan Bintang QS ini dimulakan pada November 2016, seterusnya proses menghantar data dibuat pada Mac 2017 dan audit selesai pada 25 Ogos 2017.

Penarafan Bintang QS ini sah sehingga 2020.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia