Sesi Bersama Waris Beri Kefahaman Lebih Mendalam Mengenai UUM

Sesi Bersama Waris Beri Kefahaman Lebih Mendalam Mengenai UUM

UUM ONLINE: 6 Ogos -  Ibu bapa dan waris pelajar baharu Sesi Pertama 2017/2018 Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diberi taklimat mengenai UUM, semalam.

Taklimat disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Hj Abdul Karim mewakili Naib Canselor di Dewan Mu'Adzam Shah. Taklimat tersebut turut disiarkan secara langsung di Dewan Bukit Kachi.

Sesi taklimat ini memberi peluang kepada ibu bapa dan waris pelajar baharu untuk mendapat kefahaman yang lebih mendalam mengenai UUM meliputi aspek akademik, kokurikulum, fasiliti yang disediakan, pencapaian dan peraturan-peraturan universiti.

Prof Dr Abdul Malek turut berpesan kepada ibu bapa dan waris supaya memberi perhatian dan mengambil berat pencapaian akademik anak masing-masing bagi memastikan mereka terus cemerlang dari semasa ke semasa.

Selain itu beliau juga memohon agar pelajar yang mempunyai sebarang masalah di UUM untuk tampil ke hadapan dan memaklumkan kepada pihak Universiti khususnya Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang sentiasa bersedia untuk membantu pelajar.

Sesi soal jawab turut diadakan pada taklimat tersebut bagi menjawab sebarang persoalan mengenai UUM dan isu-isu berkaitan pelajar.

Hadir sama ahli-ahli Jawatankuasa Universiti dan pegawai-pegawai UUM.

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia