Pelajar Baharu Diingatkan Persiapkan Diri Hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

Pelajar Baharu Diingatkan Persiapkan Diri Hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

UUM ONLINE: Pelajar baharu universiti ini diingatkan untuk mempersiapkan diri dengan menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi ambang Revolusi Perindustrian 4.0 atau RP4.0.

Menerusi tayangan video amanat Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, RP4.0 merupakan satu era yang mana semua graduan perlu memiliki lebih daripada satu kemahiran sedia ada.

Katanya, pada masa hadapan, graduan akan mempunyai kemahiran baru untuk bekerja bukan dalam satu bidang atau satu majikan sahaja, sebaliknya berkeupayaan untuk melakukan dua atau lebih kerja dengan majikan yang berbeza.

"Dalam tempoh empat tahun akan datang, individu tidak lagi boleh bergantung pada satu pekerjaan sahaja, justeru semua pelajar UUM khasnya perlu bersedia dan mempersiapkan diri dengan mengambil kesempatan serta peluang yang ada di universiti ini untuk menambahkan kemahiran diri.

"Sekiranya pelajar masih bergantung dengan hanya satu kemahiran yang ada, dibimbangi tidak mampu untuk bersaing dan menghadapi perubahan pesat yang akan berlaku pada masa hadapan," ujar beliau.

Dalam tayangan video tersebut, Naib Canselor turut melahirkan rasa bangga kerana UUM menjadi pilihan pelajar baharu untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Majlis Ikrar Minggu Suai Kenal Semester Pertama Sesi 2017/2018 dan Amanat Naib Canselor diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar yang diketuai Muhammad Afiq Mohd Shahar dengan diikuti seramai 3,977 pelajar baharu, seterusnya penyerahan watikah ikrar kepada Yang Menjalankan Tugas Pendaftar, Baharudin Yaacob.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Abdul Malek Abdul Karim yang mewakili Naib Canselor pada majlis tersebut mengingatkan pelajar untuk mematuhi peraturan universiti dan mendahului tanggungjawab sebagai pelajar.

"Tajamkan kemahiran insaniah yang diperlukan majikan apabila tamat pengajian kelak, bekerja dalam satu pasukan, memiliki sifat pemimpin dan bijak menyelesaikan masalah, selain meningkatkan kemahiran modal insan dengan bergiat aktif dalam persatuan dan badan beruniform."

"Manfaatkan peluang sepanjang berada di universiti untuk membentuk jati diri supaya menjadi insan berguna dan pada masa sama menjaga nama baik UUM dengan setiap tindakan perlu berdasarkan kerasionalan dan kematangan," ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia