UUM Bina Hubungan Dengan Nazarbayev University Kazakhstan

UUM Bina Hubungan Dengan Nazarbayev University Kazakhstan

UUM ONLINE: Kazakhstan - Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Provos Nazarbayev University (NU), Professor Dr Ilesanmi Adesida sempena lawatan kerja beliau ke Astana, baru-baru ini.

Dalam kunjungan tersebut, Naib Canselor telah memberi penerangan tentang pencapaian antarabangsa UUM seperti kejayaan memperoleh akreditasi AACSB dan AMBA, seterusnya mensasarkan akreditasi EQUIST.

Menurut Provos NU, Prof Dr Illesanmi, NU masih berada di peringkat awal untuk memperolehi semua akreditasi tersebut.

Kedua wakil universiti itu juga turut bersetuju untuk membincangkan lebih lanjut tentang peluang kerjasama yang lebih erat, antaranya mengadakan program mobiliti pelajar dan staf.

Nazarbayev University ditubuhkan selepas Kazakhstan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union yang disokong dengan dokongan material yang besar dan universiti tersebut memiliki pelajar seramai 6000 orang dan 80 peratus tenaga pengajarnya adalah pensyarah luar.

Kunjungan hormat itu turut disertai Dekan IBS, Prof Dr Asmadi Mohamed Naim dan dekan-dekan Nazarbayev University iaitu Prof Patrick Duparcq, Dekan Graduate School of Business; Prof Weng Tat Hui, Dekan Graduate School of Public Policy dan Prof Daniel Pugh, Dekan School of Humanities and Social Sciences.

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia