Mesyuarat JTPK Bincang Status Dan Permasalahan Projek Pembangunan KPT

Mesyuarat JTPK Bincang Status Dan Permasalahan Projek Pembangunan KPT

UUM ONLINE: 30 September - Seramai 100 pegawai dari universiti awam (UA) seluruh negara telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di EDC Hotels & Resorts, semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Ketua Setiusaha (Pembangunan) KPT, Dato’ Nik Ali Mat Yunus dan turut disertai Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Mesyuarat yang diadakan setiap bulan itu bertujuan membincangkan status projek pembangunan di setiap universiti awam termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti serta permasalahan yang berlaku.

Antara pegawai terlibat dalam mesyuarat ini adalah daripada KPT, Setiausaha Bahagian, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Bendahari dan Pengarah Pembangunan UA serta wakil agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kemudian, mereka dibawa melawat ke rumah pam UUM dan Pusat Konvensyen.

Terdahulu, mereka diraikan dalam majlis makan malam di EDC Hotels & Resorts.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum   

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia