Dato' Rohana Rozhan Dilantik Profesor Adjung SCIMPA

Dato' Rohana Rozhan Dilantik Profesor Adjung SCIMPA

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 3 November - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Eksekutif ASTRO Malaysia Holdings Berhad, Dato' Rohana Tan Sri Datuk Haji Rozhan dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sehubungan itu, satu majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Profesor Adjung kepada Dato' Rohana telah diadakan di ibu pejabat ASTRO, Bukit Jalil semalam dan disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Naib Canselor berkata pengalaman dan pengetahuan luas Dato' Rohana dalam industri media diperlukan oleh program industri kreatif dan universiti amnya.

"Saya percaya pelantikan Dato' Rohana yang mempunyai pengalaman luas dalam industri media sebagai Profesor Adjung di SCIMPA akan meningkatkan kerjasama antara UUM dan ASTRO di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai selok-belok industri media terutamanya industri media kreatif," ujarnya.

Dato' Rohana turut menyampaikan syarahan sulungnya sebagai Profesor Adjung sejurus menerima watikah pelantikan berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri pegawai-pegawai kanan UUM terdiri daripada pengurusan tertinggi, dekan dan ketua-ketua jabatan. Delegasi UUM turut dibawa melawat ke beberapa studio dan stesen radio seperti Era FM, Sinar FM dan THR Gegar .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia