Bankuet Konvokesyen Rai Kejayaan Bina Modal Insan

Bankuet Konvokesyen Rai Kejayaan Bina Modal Insan

UUM ONLINE: Konvokesyen Ke-30 UUM melabuhkan tirainya pada malam tadi dengan Majlis Bankuet Konvokesyen yang berlangsung dengan meriah di EDC Hotels & Resorts.

Majlis yang meraikan tetamu DiRaja dan graduan cemerlang itu diserikan lagi dengan keberangkatan hadir Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Tuanku Canselor UUM dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.

Naib Canselor berkata, majlis tersebut merupakan sebuah kejayaan kepada universiti dalam usaha membina modal insan.

Menurutnya, kejayaan UUM melahirkan seramai 5,935 orang graduan merupakan kejayaan yang begitu signifikan dan menjadikan jumlah keseluruhan modal insan negara yang UUM berjaya hasilkan sehingga kini adalah seramai 129,101 orang sejak 1988.

“Jumlah ini agak memberangsangkan kerana secara purata seramai 4,000 graduan kita hasilkan setiap tahun dan sebagai sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkan bakat demi pembangunan negara, UUM telah menyediakan pelbagai sarana dan prasarana dalam mendidik pemimpin berperwatakan holistik untuk berbakti kepada komuniti global seperti yang terpahat dalam Misi UUM agar kita mencapai visi menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

“Seterusnya, graduan UUM akan menyertai masyarakat untuk menempuh gelombang hidup dan meneruskan misi menimba ilmu dan pengalaman dalam mematangkan minda dan jiwa, malah berjaya dalam melayari bahtera kehidupan dan terus berbakti kepada alma mater,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen yang tinggi dan kental dalam memastikan kelancaran Konvokesyen UUM Ke-30, yang dimeriahkan lagi dengan Pesta Konvokesyen, seterusnya Bankuet Konvokesyen 2017.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia