UUM Ketuai UA Jalin Kerjasama Dengan Alibaba Business School

UUM Ketuai UA Jalin Kerjasama Dengan Alibaba Business School

UUM ONLINE: Kuala Lumpur, 24 November – Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Alibaba Business School di Auditorium Teater Pleno, KLCC sempena Forum Pendidikan Tinggi Malaysia 2017.

Pemeteraian MoU ini adalah susulan daripada lawatan dan perbincangan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Ibu Pejabat Alibaba, baru-baru ini bertujuan menggalakkan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang-bidang berkaitan.

MoU ditandatangani Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak mewakili UUM, manakala Alibaba Business School diwakili Brian Wong, Naib Presiden, Alibaba Group Limited.

Pemeteraian itu turut disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, jalinan kerjasama itu akan diketuai UUM dan akan melibatkan semua Universiti Awam termasuk Politeknik.

“Menerusi perjanjian ini, UUM dan Alibaba Business School bersetuju menjalinkan kerjasama dalam beberapa program seperti latihan keusahawanan, program e-Dagang global dan sebarang bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui dari semasa ke semasa.

“UUM dan Alibaba Business School juga akan berusaha menguatkan, menggalakkan dan membangunkan kerjasama antara kedua-dua pihak atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KPT di atas kepercayaan diberikan untuk UUM menjalinkan kerjasama dengan Alibaba Business School.

Sementara itu, Brian Wong berkata, pihaknya akan memastikan kerjasama antara Alibaba Business School dengan universiti awam terlibat akan dijayakan sebaiknya dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia