Tiga Pelajar UUM Rangkul Anugerah Nadi Negara 2017

Tiga Pelajar UUM Rangkul Anugerah Nadi Negara 2017

UUM ONLINE: Kuala Lumpur - Julung kali dua graduan Universiti Utara Malaysia menerima Anugerah Nadi Negara Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) pada Majlis Anugerah Nadi Negara 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Dua penerima tersebut ialah pelajar OKU fizikal, Meor Muhammad Afif Aiman Abu Bakar dan graduan OKU penglihatan, Harziah Khalid Yunus.

Turut menerima Anugerah Nadi Negara ialah Mohd Ali Faiz Salleh, mantan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2014/2015.

Menurut Meor Muhammad Afif Aiman yang kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Pengajian Antarabangsa), penglibatannya dalam kategori OKU dalam pertandingan adalah pertama kali dan tidak menduga telah membolehkan dia untuk menerima anugerah tersebut.

Katanya, anugerah diberikan itu merupakan satu pemangkin atau "Pushing Factor" buat dirinya untuk lebih melibatkan diri dalam komuniti OKU kerana sebelum ini dia lebih banyak menyertai pertandingan dalam kategori biasa sahaja.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk menginspirasikan rakan-rakan dalam komuniti OKU terutamanya dalam pembangunan sahsiah, bukan sekadar menfokuskan kemahiran teknikal.

“Selepas ini, saya ingin menguatkan lagi status komuniti OKU dalam negara ini terutamanya graduan OKU dan memastikan matlamat utama meningkatkan jumlah pelajar OKU ke universiti tercapai,” ujarnya.

Tambahnya lagi, anugerah itu juga membuktikan bahawa Kerajaan mengiktiraf sumbangan siswa OKU sebagai Nadi Negara yang turut membantu dalam pembangunan negara.

Sementara itu, Harziah yang merupakan graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan juga penerima Anugerah Emas Canselor pada Konvokesyen Ke-30 UUM lalu melahirkan rasa syukur apabila dipilih menerima Anugerah Nadi Negara Kategori OKU.

“Saya tidak sangka tahun ini sahaja saya menerima banyak anugerah paling berharga buat diri dan keluarga.

“Pengalaman pernah tercicir dalam pelajaran ketika di bangku sekolah menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan bermakna pada hari ini,” ujarnya yang berasal dari Ketiau Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.

Seramai 25 graduan terdiri daripada graduan daripada UA, universiti swasta, dan graduan lepasan universiti luar negara menerima Anugerah Nadi Negara 2017 yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Idris Jusoh.

Dalam ucapan beliau telah merakamkan penghargaan kepada Pergerakan Wanita UMNO di atas jasa dan usaha mewujudkan Anugerah Nadi Negara.

Anugerah Nadi Negara merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Pergerakan Wanita UMNO sejak 2009 bagi mengiktiraf graduan universiti yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepemimpinan.

Naib Canselor, Prof Dato’ Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak mengucapkan tahniah kepada semua penerima yang mengharumkan nama UUM.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia