Pesta Rakyat Indonesia Serlah Pesona Budaya

Pesta Rakyat Indonesia Serlah Pesona Budaya

UUM ONLINE: 29 November - Pesona budaya Indonesia diserlahkan pada Pesta Rakyat Indonesia sekali gus memperkukuhkan lagi kekeluargaan antara Malaysia, Indonesia dan negara lain yang berlangsung di Dewan Mu’adzam Shah, UUM, semalam.

Bertemakan A Glimpse Of Nusantara menampilkan persembahan menghiburkan seperti pertunjukan fesyen, drama muzikal, Papua Dance, Tarian Kipas serta persembahan pelajar antarabangsa.

Menurut Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak UUM sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Indonesia yang juga merupakan jiran dan rakan yang sangat penting.

“Malaysia dan Indonesia berkongsi persamaan dan terdiri daripada pelbagai budaya dan etnik, bahasa dan agama justeru, pemahaman budaya dan toleransi terhadap kepelbagaian dan perbezaan sangat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian,” ucapnya.

Ujarnya, dengan penglibatan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam menganjurkan pesta kali ini telah memperlihatkan kerjasama erat sekali gus membantu meningkatkan toleransi dan perpaduan.

“Saya berharap acara ini memperkukuh lagi kekeluargaan antara Malaysia, Indonesia dan negara lain selain lebih bermotivasi untuk menjadi lebih aktif dan kreatif dalam bidang akademik dan bukan akademik,” luahnya.

Sementara itu, Pelajar Sarjana Muda Kewangan, Rahmanti Fitrasha berkata, pesta anjuran Persatuan Mahasiswa Indonesia menonjolkan kepelbagaian budaya yang unik dan menarik untuk tatapan warga kampus.

“Kami ingin mengetengahkan ciri-ciri dan budaya dari setiap bahagian daerah Indonesia misalnya dari Sumatera ke Jawa sekali gus mempamerkan bakat dan kreativiti pelajar.

“Sambutan yang sungguh meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 peserta dan kami sungguh teruja dengan kunjungan Naib Canselor yang menyerikan majlis, ini satu penghargaan buat kami,” luah anak kelahiran Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia