ICORE 2017 Fokus Pembangunan Dan Keusahawanan Luar Bandar

ICORE 2017 Fokus Pembangunan Dan Keusahawanan Luar Bandar

UUM ONLINE: Alor Setar - Penganjuran keempat Persidangan Antarabangsa Pembangunan Luar Bandar (ICORE) 2017 terus menjadi medan bagi membincangkan isu pembangunan dan keusahawanan di kawasan luar bandar.

Persidangan selama dua hari bermula hari ini dianjurkan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan kerjasama Hebei University, China dan Universitas Jenderal Soedirman, Indonesia berjaya menghimpunkan 200 peserta yang turut akan membincangkan tentang pembangunan ekonomi, pelancongan dan alam sekitar kawasan luar bandar.

Yang Menjalankan Tugas Dekan SEFB, Prof Madya Dr Siti Aznor Ahmad berkata, ICORE bermula sejak 2011 di Sarawak, diikuti 2013 di Indonesia dan 2015 di China selepas mendapat sambutan peserta dari pelbagai negara yang menyertai.

Menurutnya, penganjuran ICORE itu adalah untuk menjana pemikiran inovatif yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan untuk mengenal pasti elemen-elemen agenda penyelidikan jangka panjang untuk mengisi jurang kritikal dalam pengetahuan tentang isu terlibat.

“Saya berharap peserta persidangan ini dapat memanfaatkan perkongsian ilmu di sepanjang ICORE ini,” katanya.

Sepanjang ICORE 2017, peserta akan mengikuti lima sesi selari mengikut topik berkaitan.

Hadir sama, Dekan Kolej Ekonomi, Hebei University, Prof Yang Hui Liang dan Dekan Fakulti Ekonomi, Universitas Jenderal Soedirman, Suliyanto Sudaeto Santeja.

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia