UUM Dan Hebei University Meterai MoU

 UUM Dan Hebei University Meterai MoU

UUM ONLINE: 30 November - Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Hebei University, China mengukuhkan kerjasama antarabangsa, berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, semalam.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim, berkata kerjasama antarabangsa ini menyedia dan membangunkan program pendidikan berkualiti tinggi bertaraf dunia.


“MoU ini merupakan tunggak yang menandakan usaha bersama Hebei University dan UUM dalam mengukuhkan kerjasama antarabangsa di samping bertindak sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi di kawasan masing-masing,” ujarnya.

Jelasnya, dalam menghadapi globalisasi dan pengantarabangsaan, Hebei University dan UUM mengiktiraf kepentingan kerjasama rangkaian antarabangsa yang mendorong kehendak kedua-dua universiti untuk mempromosikan kerjasama dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada masyarakat.

Dekan Kolej Pengurusan, Hebei University, Prof. Dr. Yang Huiliang optimis pada kerjasama antarabangsa untuk mengukuhkan inovasi dalam pendidikan.

Beliau menyifatkan penandatanganan MoU ini satu inisiatif yang baik dalam memantapkan kerjasama antara Hebei University dengan UUM untuk keperluan dan cabaran era abad ke-21 yang lebih mencabar.

“MoU ini akan menyediakan platform kukuh kepada kedua-dua pihak untuk bekerjasama dalam bidang mobiliti pelajar, pertukaran kakitangan, pelantikan sarjana pelawat, penyelidikan bersama dan penerbitan,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia