Kerjasama Strategik Ke Benua Eropah

Kerjasama Strategik Ke Benua Eropah

UUM ONLINE: 5 Disember - Timbalan Rektor Technical University of Liberec (TUL), Republik Czech, Ass. Prof. Sona Jandova telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak di Balai Tamu, semalam.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Jabatan TUL, Assoc. Prof. Iva Petrikova dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Mohamad Farizal Rajemi dalam usaha mengembangkan lagi kerjasama di peringkat antarabangsa.

Pertemuan anjuran CIAC di bawah Persatuan ASEA-UNINET (Asean European University Network) itu membuka peluang untuk menjalankan program pendidikan berterusan di benua Eropah.

Dalam mengembangkan lagi kerjasama di peringkat Antarabangsa, usaha ini dilihat bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sebagai rakan kongsi strategik dalam meningkatkan peluang serta potensi pembangunan pendidikan dengan pelbagai aktiviti.

Pelbagai bidang kerjasama yang dibincangkan antaranya projek penyelidikan, pertukaran idea, mobiliti pelajar, projek penyelidikan dan ijazah berkembar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

 

 

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM-MyGlobal Asia Center
3. UUM Offshore Office, Beijing
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia